Teknik menulis karangan

Kesan-kesan pemerdagangan global

Aktiviti  pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang terlibat.

Bincangkan.  

Cadangan isi (kesan):

Mencemarkan imej negara di mata dunia

Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia

Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang

Negara dianggap sebagai sarang jenayah.

Mengancam keselamatan dan keamanan negara        

Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak             yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan, rumah urut dan             sebagainya

Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara terlibat

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.  Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan  rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.

Peningkatan masalah sosial di negara terlibat       

Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.

Penularan penyakit berjangkit. 

Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular
dalam kalangan masyarakat.

Kehendak soalan:

  • Pelajar mesti menyatakan kebimbangan aktiviti pemerdagangan manusia oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan rakyat di seluruh dunia.
  • Pelajar hendaklah memberikan contoh negara-negara yang sering berlaku kes pemerdagangan manusia.
  • Pelajar hendaklah memahami konsep pemerdagangan manusia.

Leave a Comment