Rangka karangan – Sukan (SPM)

1. Huraikan kepentingan sukan kepada individu dan negara

Isi-isi karangan 

a.        Mengekalkan kesihatan
b.        Memupuk perpaduan kaum
c.        Mengurangkan masalah sosial
d.        Meningkatkan imej negara
e.        Menjana pendapatan lumayan

2. Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan, KPM  telah memperkenalkan Dasar l Murid l Sukan untuk dilaksanakan di semua  sekolah. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk “Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar l  Murid l sukan di Sekolah”. Tulis rencana itu selengkapnya

 Isi-isi karangan 
 
a.        keterlibatan semua murid dalam aktiviti sukan
b.        mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
c.        melahirkan murid yang cergas dan cerdas
d.        memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan kesukanan
e.        sebagai satu prasyarat kemasukan ke IPT
f.         melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
 

3. Kerajaan mewajibkan program 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
Isi-isi karangan 
 
a.        memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
b.        menyihatkan badan
c.        memupuk nilai-nilai murni
d.        menjadi pasukan pelapis kepada atlet negara.
e.        memupuk semangat juang yang tinggi. 

4. Kebaikan menyertai kegiatan  sukan lasak.  (Mendaki gunung – Berkayak – Berbasikal)

 
 Isi-isi karangan 
 
a.        dapat mendisiplinkan diri
b.        menggalakkan persaingan sihat
c.        mengukuhkan nilai kerjasama
d.        membina ketahanan minda
e.        Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
f.         Melahirkan remaja yang  cergas
g.        Mencari kenalan baru

5. Huraikan langkah-langkah memajukan sukan di Malaysia

 
 Isi-isi karangan
 
a.        Jurulatih yang berwibawa
b.        Kemudahan sukan yang lengkap / sempurna
c.        Pemakanan seimbang / penjagaan kesihatan yang baik
d.        Ganjaran yang menarik / berpatutan

6. Minat bersukan dalam kalangan remaja hari ini semakin berkurangan .

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja
 
 Isi-isi karangan
 
I. Peranan pihak swasta
a.        Sebagai penaja/pemberi biasiswa/dermasiswa
 
ii. Peranan ibu bapa
a.        Memberi galakan
b.        Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama anak-anak
c.        Membelikan anak-anak peralatan sukan.
 
iii. Peranan kerajaan
a.        Dasar 1M1S
b.        Menyediakan kemudahan asas sukan.
c.        Membina sekolah sukan
d.        Menyediakan jurulatih bertauliah di sekolah-sekolah
 
iv. Peranan media massa
a.         Publisiti
b.         Iklan
 
v. Peranan sekolah
 
a.        Mengadakan latihan / pertandingan di peringkat sekolah
b.        Memberi pengiktirafan / penghargaan 

7. Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu sukan melalui pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.

Jelaskan faedah-faedah yang akan diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan.
 
 Isi-isi karangan 
 
a.        Dapat menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak
b.        Mengeratkan silaturahim dengan rakan sebaya dan guru
c.        Dapat mendalami ilmu sains sukan
d.        Mampu membentuk disiplin diri
e.        Berupaya memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar berbilang bangsa
f.         Dapat mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat tinggi
 

8. Aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita.

Huraikan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bersukan.
 Isi-isi karangan 
 
a.        Ibu bapa perlu membelikan peralatan sukan kepada anak-anak
b.        Ibu bapa perlu menyokong/mendorong jika anak-anak mempunyai potensi dan bakat dalam sukan
c.        Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menceburkan diri dalam bidang sekan secara aktif
d.        Ibu bapa menghantar anak-anak ke tempat latihan
e.        Keluarga membelikan majalah sukan yang digemari oleh anak-anak
f.         Keluarga memberikan penghargaan kepada anak-anak atas kejayaan dalam bidang sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.