Belajar online

Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan

Sering kali kita terdengar masalah pengangguran graduan tempat meniti dari mulut ke mulut masyarakat. Walaupun telah beberapa puluh syarikat didatangi Melayu yang menghadapi masalah tersebut kerana mereka sering tersisih apabila bersaing dengan pelajar bukan Melayu yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Lebih parah lagi apabila kawasan tertentu orang Melayu begitu fanatik terhdap agama, sehingga menolak segala unsur yang berbaur asing. Tegasnya, kepentingan bahasa Inggeris perlu disedari oleh semua rakyat supaya negara kita tidak ketinggalan dan dipadang enteng oleh kuasa luar.

Dasawarsa ini, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar di dunia. Ekonomi dunia juga boleh dikatakan telah dikuasai oleh negara tersebut. Selain itu, Amerika Syarikat diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa antarabangsa memandangkan negara asal bahasa tersebut mendominasi dunia dari segi ekonomi dan kemajuan teknologi. Justeru, bahasa Inggeris diterima sebagai bahasa utama dunia dan menjadi wahana komunikasi antara wakil ataupun pedagang asing dalam sebarang urusan. Sebab itulah, penguasaan bahsa Inggeris amat penting untuk kemajuan kendiri dan ekonomi negara.

Di samping itu, sektor swasta yang kalian meluas di negara kita menambahkan kepentingan bahasa Inggeris. Seperti yang kita maklum, sektor swasta kebanyakannya dikuasai oleh orang Barat, jadi sudah tentu kemahiran bahasa Inggeris dengan lancar menjadi kritera utama dalam menggaji pekerja. Senario ini bercanggah dengan polisi sektor kerajaan yang mementingkan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat dan berkomunikasi. Jadi, kebanyakan orang Melayu hanya dapat bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan orang bukan Melayu yang dapat memegang jawatan tinggi di sektor swasta. Fenomena ini bukan soal diskriminas, sebaliknya sebabkan kemampuan orang bukan Melayu berkomunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa. Sekiranya, fenomena ini berterusan, sudah tentu negara kita tidak akan berkembang maju dan dipercayai lam-kelamaan akan ditelan oleh kuasa asing.

Selain itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad ingin menjadikan negara kita sebuah negara perindustrian menuntut rakyat negara ini gigih berusaha untuk menghala ke arah tersebut. Koridor raya multimedia (MSC) yang menampilkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan pengendalian maklumat serta pekhidmatan, tidak mengetepikan bahasa Inggeris. Sudah tentu pelabur asing akan berlumba-lumba datang ke negara kita untuk membina kilang, industri dan menjadi rakan kongsi. Pada masa itu, bahasa dan negara. Kepentingan bahasa Inggeris bukan sahaja dirasai oleh masyarakat negara kita yang sedang pesat membangun, tetapi juga oleh masyarakat Jepun dewasa ini. Walau bagaimanapun, bahasa antarabangsa ini masih asing bagi negara Jepun berbanding negara kita. Jadi, kita perlu menguasai bahasa Inggeris dengan secepat mungkin untuk merancakkan pembangunan negara kita.

Satu lagi fenomena yang ketara ialah semua tokoh politik negara kita mahir berbahasa Inggeris. Meraka yang menceburi politik dan tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih tidak berpeluang untuk naik ke peringkat menteri kabinet. Sama juga dalam pemilihan pemimpin negara. Sudah tentu kita tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mampu berbahasa Inggeris memimpin negara kita dan dipandang enteng oleh negara asing. Tokoh-tokoh negara di petingkat antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan menyuarakan pendapat mereka dalam bahasa Inggeris. Kalau sudah fasih berbahasa Inggeris, kita tidak memerlukan penterjemeh. Pada masa itu, nescaya negara kita akan dihormati oleh negara lain.

Kesimpulannya, dunia ini didominasi oleh Bahasa Inggeris. Suka atau tidak. Kita terpaksa akur dengan senario ini. Kita perlu mengambil tindakn segara untuk meluaskan penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan orang Melayu supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek. Dalam proses pencapaian Wawasan 2020, kebolehan penguasaan bahasa dunia juga merupakan satu daripada kriteria. “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”, demi kegemilangan negara dan masa depan generasi muda, semua pihak perlu berganding bahu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bahasa Inggeris. “Malaysia Boleh!”

Leave a Comment