Sekolah

Rangka Karangan – Penderaan kanak-kanak

SOALAN: 

Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa. Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.

Cadangan isi:

  1. Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan   matlamat membina sesebuah keluarga – mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh – Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim – kasih sayang dapat menghalang seseorang itu daripada menyakiti ahli keluarganya sama ada kesakitan berupa fizikal, mental atau emosi – lahir keluarga yang bahagia dan sakinah
  2. Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – cubit paha kiri paha kanan terasa juga – tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus-menerus mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera – mencegah lebih baik daripada mengubati
  3. Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati  betul-betul kemahiran tersebut sebelum mendirikan rumah tangga. Ilmu meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.
  4. Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia daripada mudah dirasuk syaitan – agama merupakan senjata yang paling ampuh – tanpa agama kehidupan seseorang akan terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda – penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.
  5. Institusi keluarga perlu mengetahui bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak kecil – kehadiran anak kecil sebagai pengikat kasih sayang – setiap ahli keluarga perlu  memahami tanggungjawab masing-masing.

Kesimpulan

Anak-anak perlu dijaga dengan baik – institusi keluarga membentuk masyarakat madani.

Leave a Comment