Rujukan karangan

Bahagian A – Faedah Komputer

Komputer sangat berguna kepada kita. Setiap keluarga memiliki sebuah komputer sekurang-kurangnya. Komputer banyak mendatangkan faedah kepada kita.

Faedah yang paling utama ialah komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja kini dilakukan dengan bantuan komputer, misalnya kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat.

Komputer juga membolehkan kita memperoleh maklumat tentang pelbagai perkara melalui CD-ROM. Ciri ini amat penting untuk kanka-kanak yang ingin belajar sesuatu dengan sendirinya. Dengan menggunakan komputer, kita juga dapat menonton filem dalam bentuk VCD atau DVD.

πŸŸ‘πŸŸ’πŸ”΄πŸ”΅πŸŸ£ Oily? Acne? Enlarge Pores? Switzerland Skincare Exclusive Trial Pack @ RM0.99 ONLY

Seterusnya, kita dapat melayari Internet dengan menggunakan komputer yang dilengkapi kemudahan Internet. Menerusi Internet, kita dapat memperoleh maklumat dari serata dunia dengan serta-merta. Kita juga dapat berhubung dengan orang lain menerusi e-mel dan ruang sembang.

Kesimpulannya, pengguna komputer memang banyak faedah. Kita harus memanfaatkan komputer demi kemudahan dan kesenangan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.