peperiksaan spm

Bahagian A – Manfaat gotong-royong

Gotong-royong bermaksud melakukan sesuatu kerja bersama-sama. Amalan ini telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Banyak manfaat dapat kita peroleh daripada gotong-royong.

Dengan bergotong-royong, sesuatu kerja itu akan menjadi mudah dan dapat dilakukan dengan cepat. Sebagai contoh, kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar sesuatu taman perumahan tidak harus diletakkan pada bahu sesetengah penduduk sahaja. Semua penduduk taman perumahan wajar bekerjasama untuk melakukan kerja itu, bak kata pepatah “yang berat sama idpikul, yang ringan sama dijinjing”.

Gotong-royong juga dapat menjimatkan perbelanjaan untuk melakukan sesuatu kerja. Hal ini demikian kerana semua orang menyumbangkan tenaga dan masa mereka untuk gotong-royong itu. Peralatan dan pengangkutan pula biasanya disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya, gotong-royong dapat mewujudkan persefahaman dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat. Gotong-royong biasanya disertai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Oleh itu, mereka dapat saling mengenali dan beramah mesra.

Tegasnya, gotong-royong memang berfaedah kepada masyarakat. Amalan ini harus dalam generasi muda.

Leave a Comment