Contoh Karangan

Karangan – Pasar Malam

Belakangan ini, pasar malam tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Biasanya pasar malam diadakan di kawasan perumahan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai. Oleh sebab itu, pasar malam menjadi tumpuan banyak orang.

Pasar malam menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ikan, buah- buahan, pakaian, dan barangan elektirk. Penjual dan pengunjungnya terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya kaum Melayu, Cina, dan India. Urusan perniagaan ini dijalankan dengan semangat muhibah.

Barangan yang dijual pula lebih murah dan pengguna mempunyai banyak pilihan. Pengguna juga boleh tawar-menawar barangan yang hendak dibeli. Ji a tidak berpuas hati dengan harga barangan yang ditawrkan, pengguna boleh membelinya di gerai lain yang berdekatan.

Biasanya pasar malam bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 malam. Namun demikian, penjualnya datang lebih awalan untuk menyediakan barangan jualan masing-masing. Gerai mudah alih dan payung dipasang serta barangan jualan disusun di atas gerai tersebut.

Pasar malam akan terus hidup kerana pasar malam menyediakan pilihan barangan yang beraneka jenis dan murah kepada pengguna. Walau bagaimanapun, soal kebersihan perlu diambil kira boleh peniaga.

Leave a Comment