Bincangkan kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik (E-dagang) .
Pendahuluan
- 路 Perdagangan elektronik (E-dagang) hangat diperkatakan di dunia perniagaan kini .
- 路 Ini selaras dengan perkembangan teknologi komputer , era internet / siber .
- 路 E-dagang adalah satu daripada 7 aplikasi perdana yang dibangunkan dalam projek MSC .
KEBAIKAN PELAKSANAAN E-DAGANG
Membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global
- 路 Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar , iaitu sehingga 60 juta pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat .
- 路 Kedai Dot-com dalam internet membolehkan peniaga memperagakan dan mempromosi barangan jualan dan perkhidmatan dengan mudah dan berkesan kepada pelanggan seluruh dunia .
- 路 Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku (Amazon.com) dan jualan komputer Dell .
Menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan
- 路 Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung melalui laman web berkenaan dalam internet .
- 路 Tidak perlu membayar sewa kedai , menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai . 馃煛馃煝馃敶馃數馃煟 Oily? Acne? Enlarge Pores? Switzerland Skincare Exclusive Trial Pack @ RM0.99 ONLY
- 路 Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada agen .
Memudahkan aktiviti membeli-belah / Pengguna
- 路 Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik .
- 路 Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi .
- 路 Barangan tempahan dari mana-man sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah .
- 路 Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari .
MASALAH PELAKSANAAN E-DAGANG
Soal keselamatan pengguna harus diambil kira
- 路 Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .
- 路 Sejauh manakan aktiviti memberikan nombor kad kredit bagi membeli sesuatu itu selamat ?
- 路 Masalah kawalan undang-undang yang cukup atau lengkap .
Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi
- 路 Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan E-dagang .
- 路 Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-dagang .
Masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet
- 路 Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini .
- 路 Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC .
Kesimpulan
- 路 Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik .
- 路 Pesediaan yang lebih teratur perlu jika konsep E-dagang ini hendak dilaksanakan .
- 路 Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini .