Kesan Pembalakan
Kebaikan
- memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
- menyediakan peluang pekerjaan
- membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan
Keburukan
- musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
- pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
- musnahnya habitan hidupan liar
- hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dsb.
- perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang
- kawasan tadahan negara terjejas
- kesuburan tanah semakin kurang
Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan
Enzyme formulation 🟡🟢🔴🔵🟣Colour Laundry Detergent Gel (Sabun Candy)- pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan
- kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan
- penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
- penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
- kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat
- penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram
Isu Pembalakan Haram
Cara dijalankan
- secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman
- di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
- di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
- secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh
Kesan
- merugikan negara dari segi pendapatan cukai
- membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh
- menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa
- mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
- menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan