Pemimpin kita bertekad menjadikan Malaysia Negara perindustrian.
Kerajaan Malaysia sentiasa menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mengatasi masalah kekurangan modal
Pelaburan asing menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.
Melaluinya, wawasan kerajaan dapat direalisasikan.
Kerajaan menggubal dasar untuk memberi jaminan serta menggalakkan pelaburan asing.
Kepentingan Pelaburan asing
Kemasukan pelaburan asing ke Negara ini memperluaskan aktiviti perindustrian dalam Negara
Pelaburan asing membantu pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Menawarkan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi masalah penggangguran di kalangan penduduk tempatan.
Banyak projek usaha sama yang dapat dilaksanakan, terutamanya dalam sector industri berat.
Skop industri dapat berkembang lebih meluas dengan adanya teknologi dan kepakaran.
Pengeluaran / produktiviti semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
Eksport barangan pembuatan semakin bertambah dengan adanya permintaan dan pasaran.
Menggalakkan kemasukan dan perkembangan teknologi canggih serta kepakaran dari luar Negara.
Pelabur asing mampu memindah teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran.
Membawa masuk pekerja mahir yang turut membuka peluang kepada tenaga kerja tempatan untuk mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
Pelabur asing menggalakkan Penyelidika dan Pembangunan ( R&D) dalam industri tempatan, membantu kemajuannya, termasuk penemuan-penemuan baru.
Pelaburan asing turut membantu pertumbuhan guna tenaga dalam Negara, menambah jumlah guna tenaga mahir.
Menggalakan berkembangnya industri kecil (IKS) dan sokongan.
Permintaan bagi pekerja mahir dan separuh mahir terus meningkat.
Selain mengatasi pengganguran, turut meningkat taraf hidup rakyat Malaysia.
Pelaburan asing turut menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dalam Negara kita.
Bagi menjamin kelicinan perkembangan industri, kerajaan membaiki dan menambah infrastruktur awam demi kepentingan bersama.
Kerajaan mendirikan jalinan lebuh raya, system telekomunikasi canggih, lapangan terbang KLIA untuk menarik pelaburan dan memberi kemudahan / perkhidmatan yang lebih baik.
Pelabur asing turut melibatkan diri dalam menyediakan infrastruktur secara usaha sama.
Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan lebih banyak bahan mentah dieksploitasi.
Perindustrian Negara berasaskan eksport
Banyak projek mengeluarkan barangan siap dilaksanakan
Bahan-bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, dan bijih timah diusahakan dalam Negara.
Menambah pendapatan Negara melalui eksport
Boleh mengatasi risiko seperi permintaan dan harga komoditi yang tidak stabil da pasaran global