Belajar

Bahagian A – Cara untuk mengatasi Vandalisme

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam seperti telefon awam dan tong sampah. Gejala itu kerap dilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengatasi gejala ini, beberapa carfa dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Cara yang pertama ialah mengadakan kempen antivandalisme melalui poster dan ceramah. Selain pihak berkuasa, sekolah juga perlu lebih aktif dalam mengadakan ceramah kesedaran dan pertandingan yang berkaitan dengan antivandalisme. Ibu bapa pula perlu mendidik anak-anak supaya menghargai kemudahan awam.

Selain itu, kamera litar tertutup harus dipasang di tempat-tempat yang sering berlakunya vandalisme. Cara ini akan sedikit banyak dapat menghindari orang yang melakukan vandalisme daripada berbuat demikian. Jika mereka berbuat demikian, perbuatan mereka akan dirakam dan mereka dapat dikesan serta dibawa ke muka pengadilan.

Seterusnya, hukuman yang berat harus dikenakan terhadap orang yang melakukan vandalisme. Hukuman denda sahaja tidak mencukupi. Mungkin orang yang didapati bersalah atas vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara. Hukuman ini pasti akan menakutkan orang yang kerap melakukan vandalisme.

Tegasnya, usaha untuk menangani vandalisme tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa sahaja. Pihak sekolah, ibu bapa, dan orang ramai perlu memainkan perana mereka.

Leave a Comment