pelajaran BM

Rangka karangan Kempen

Tujuan Diadakan Kempen

  • untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kepada rakyat- contohnya : “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”
  • untuk mempengaruhi rakyat supaya meyokong usaha kerajaan- contohnya kempen semasa pilihan raya
  • untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat- contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangan kesesakan lalu lintas di ibu kota
  • untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan- contohnya: kempen anti dadah
  • untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selesa seperti kempen menderma darah

 

Sambutan Masyarakat terhadap Kempen

  • Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
  • buktinya- buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar- harganya meningkat
  • air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
  • Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
  • ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga

Keberkesanan Kempen

ada kempen uang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat

Contoh kempen yang berjaya :

  • “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”- contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
  • “Kempen Jantung Hatiku”- sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan badan korporat, dan sebagainya banyak sekali- sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit jantung yang tidak berkemampuan

 

Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:

  • kempen menggunakan bahasa baku- tidak banyak pihak termasuk RadioTelevisyen Malaysia yang melaksanakan kempen ini
  • kempen keselamatan jalan raya- banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar peraturan menggunakan van, pengguna kenderaan masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
  • kempen berkongsi kereta- masih banyak pemandu lebih menggunakan keretanya sendiri- kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan

Leave a Comment