Rujukan karangan

Rangak Karangan Semangat Patriotik

Peranan Ibu bapa dalam memupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.

KARANGAN PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK

Karangan Semangat Patriotik – Pendahuluan :

Peranan dan komitmen ibu dan bapa amat penting dalam usaha menanami anak-anak dengan jiwa yang subur lagi cakna terhadap maruah bangsa dan negara. Mereka rela berputih tulang asal tidak berputih mata demi tanah sebidang yang menjadi milik bangsa. Mereka tega mempertahankan kedaulatan demi leluhur merdeka. Demikianlah sebuah pengertian anak-anak yang terdidik dengan semangat patriotik lantas bersedia mempertahankan bumi yang dipijak nescaya langitnya dijunjung.

Rangka karangan :

Isi 1 :  Ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menjiwai semangat merdeka dan patriotik yang tinggi– anak-anak akan belajar daripada apa-apa yang dididik oleh ibu bapa sejadi kecil

Isi 2 : Ibu bapa sentiasa mananamkan perasaan bangga, selamat dan bebas berada dalam sebuah negara yang berdaulat, merdeka, aman serta makmur – anak-anak faham akan hakikat bangsa Malaysia yang hidup di bumi bertuah ini

Isi 3 : Mendidik anak-anak agar tahu berterima kasih kepada para pemimpin dan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air – mereka berbangga akan panji-panji kemegahan negara serta kenal akan fungsi-fungsi institusi Raja berperlembagaan

Isi 4 : Mendidik sikap mahmudah seperti bersyukur dan bertanggungjawab untuk membangunkan negara yang tercinta – sentiasa terbina dalam hati dan sanubari cita-cita untuk membangunkan negara.

Isi 5 : Memupuk kesedaran untuk menjalinkan semangat kerjasama dan saling bertoleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum – sebagai asas terpenting mewujudkan perpaduan dan keamanan negara

Kesimpulan :

Benarlah hakikat yang menyatakan subur pokok kerana tanahnya, justeru subur manusia kerana induknya. Anak yang baik dan terdidik adalah yang datang daripada ibu bapa yang sentiasa berpandangan jauh. Oleh itu, demi kelangsungan sebuah negara yang berdaulat, justeru kepemimpinan yang beralih tangan dari generasi ke generasi hendaklah ditunjangi oleh warga yang bersemangat patriotik. Dalam hal ini, ibu bapalah yang menjadi sekolah dan universiti terulang untuk membentuk semangat patriotik dalam kalangan anak-anak.

Leave a Comment