Contoh Karangan – Penderaan Kanak kanak

Contoh Karangan Kesan-kesan COVID-19

Anak adalah sebagai anugerah dan amanah Allah.Tetapi terdapat orang yang memiliki terlalu banyak anak sehingga tidak terjaga.

Anak-anak yang dibela jaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya sesebuah rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.

ISI KARANGAN Penderaan Kanak kanak

Isi 1:  Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga

Contoh Karangan Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19

Isi 2:  Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil – menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang – setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing

Isi 3:  Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumahtangga – ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil

Isi 4:  Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan – penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat

Contoh Karangan Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19

Isi 5:  Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor, dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.

Contoh Karangan Kesan-kesan COVID-19

Isi 6:  Memperkukuh jalinan kejiranan – setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya menghormati jiran – jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau senang.

Kesimpulan :  Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara.  Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan  negara sejahtera.

Leave a Comment