Kempen Bahasa Malaysia

Contoh Karangan UPSR – Kempen Bahasa Malaysia

Sekolah kamu telah mengadakan “Kempen Bahasa Malaysia”. Ceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan di sekolah kamu.

Rangka Karangan Kempen Bahasa Malaysia

Pendahuluan: mengadakan Kempen Bahasa Malaysia

Isi 1: merasmikan Kempen Bahasa Malaysia
Isi 2: mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan
Isi 3: pelbagai aktiviti diadakan
Isi 4: persembahan tarian Melayu

Penutup: penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutup oleh guru besar


Contoh Karangan Kempen Bahasa Malaysia

Sekolah saya telah mengadakan Kempen Bahasa Malaysia anjuran Persatuan Bahasa Malaysia. Kempen Bahasa Malaysia itu diadakan selama seminggu.

Guru besar telah merasmikan Kempen Bahasa Malaysia pada waktu perhimpunan yang diadakan di sekolah kami. Beliau berharap murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan Bahasa Malaysia dengan mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata clan pertandingan syarahan.

Selain itu, persembahan tarian Melayu seperti tarian zapin dan tarian lilin turut diadakan bagi memeriahkan Kempen Bahasa Malaysia itu. Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul clan sopan apabila bertemu di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.

Para pemenang setiap pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 dalam majlis perasmian penutup Kempen Bahasa Malaysia itu. Beliau berharap generasi muda terus mencintai bahasa Malaysia walaupun kempen itu telah berakhir.

Leave a Comment