Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
Semakin kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan
– Nilai-nilai yang sering diamalkan oleh orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat, menghormati dan lain lain telah dilupakan oleh generasi masa kini
– Mengamalkan sifat individualistik dan materialistik
Wujud pelbagai gejala sosial dalam kalangan anggota masyarakat
– Masalah penagihan dadah, melepak, bohsia, merempit, jenayah remaja dan pelbagai lagi
– Mengamalkan budaya hidup hip-hop, punk yang bertentangan dengan budaya timur
– Remaja terbiar tanpa dipedulikan oleh ibu bapa/ masyarakat
Wujudnya pengabaian warga emas (golongan tua) dan golongan orang kelainan upaya (OKU)
– warga tua dan OKU sering kali tersisih daripada masyarakat dan keluarga
– Tanggapan bahawa mereka tidak proaktif, tidak berguna dan membebankan keluarga dan masyarakat
– Dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua
Berlakunya pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam
– Memusnahkan alam sekitar seperti hutan dan mencemarkannya seperti udara dan sungai
– Mementingkan keuntungan semata mata tanpa memikirkan generasi akan datang
– Pemaju perumahan menebang pokok sewenang-wenangnya
– Harta benda awam dirosakkan sewenang-wenangnya oleh golongan kurang bertanggungjawab
– Kegiatan vandalisme berleluasa
Masalah penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak
– Hak kanak-kanak seperti pendidikan, kesihatan dan kasih sayang tidak dipenuhi
– Kanak-kanak didera dari segi fizikal, mental dan juga seksual
– Masalah pembuangan bayi dan penculikan kanak-kanak
Wujudnya kegiatan anti-sosial yang berleluasa
– Wujudnya masalah prasangka antara pelbagai kaum, budaya dan agama
– Terdapat sesetengah golongan anti sosial yang meniupkan api perkauman dengan niat jahat untuk memecahkan perpaduan yang terjalin
Peningkatan kes keganasan domestik (rumah tangga)- fizikal, mental, emosi
- peningkatan kes berkaitan rumah tangga seperti penderaan, kelakuan ganas yang dilakukan oleh pasangan masing-masing
Contoh Karangan – Pembentukan masyarakat penyayang