Contoh Karangan – Bantuan kepada Mangsa Bencana Alam

Teknik menulis karangan

Ketika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini, walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam yang ganas melanda.

Read moreContoh Karangan – Bantuan kepada Mangsa Bencana Alam

Contoh Karangan – Punca Punca pelajar ponteng sekolah

Contoh Karangan

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Read moreContoh Karangan – Punca Punca pelajar ponteng sekolah

Contoh Karangan – Pendermaan Organ

sekolah

Kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan menderma organ masih berada pada peringkat yang amat rendah. Walaupun penderma dibenarkan oleh kebanyakan agama termasuk Islam, tetapi masih ramai yang berasa ragu untuk berbuat demikian kerana belum ada ahli masyarakat di sekeliling mereka yang sudah berderma untuk dijadikan model. Malah, mereka tidak sanggup berderma bukan sahaja kepada … Read more Contoh Karangan – Pendermaan Organ

KARANGAN PT3 – HARI KANTIN

sekolah

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolahku iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera telah mengadakan Hari Kantin peringkat sekolah. Hari Kantin ini diadakan di tempat parkir kereta guru di sekolahku. Tujuan Hari Kantin ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman dan mendidik murid-murid untuk berniaga. Selain itu, Hari Kantin ini juga bertujuan mengutip dana untuk kelab dan persatuan sekolah.

Read moreKARANGAN PT3 – HARI KANTIN

CONTOH KARANGAN – WARGA TUA

rangka karangan

Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan warga emas.

Read moreCONTOH KARANGAN – WARGA TUA

Contoh Karangan – GEJALA ANTISOSIAL

Sekolah

Gejala antisosial dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kelakuan tidak sopan, tidak baik, bertentangan dengan budaya tempatan dan menjatuhkan imej pelajar bagai mencalar muka dengan arang. Antara kelakuan negatif itu melibatkan ponteng sekolah, bergaduh dan menyertai kumpulan samseng. Media massa telah menggunakan gejala ini sebagai salah satu bahan berita utama mereka sehingga pelbagai pihak terutama masyarakat umum memberikan pandangan mereka tentang perkara ini. Jadi, mengapakah apakah gejala ini sebenarnya dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?

Read moreContoh Karangan – GEJALA ANTISOSIAL

Contoh Karangan – KEBURUKAN TELEVISYEN

membaca

Televisyen sering dianggap sebagai satu ciptaan moden yang banyak membawa kebaikan kepada manusia pada zaman moden ini. Namun, penyiaran pelbagai rancangan berbentuk hiburan telah menyebabkan ada pihak beranggapan bahawa masyarakat mula mengetepikan budaya seni tradisional pula bak kata pepatah biar mati anak jangan mati adat. Keadaan ini diperkuatkan menerusi kenyataan demi kenyataan pihak media massa yang melihat program hiburan sebegini menghancurkan kebudayaan tempatan seperti tarian dan permainan tradisional. Sesungguhnya, penyiaran rancangan hiburan menerusi televisyen membawa masyarakat melupakan budaya tradisional mereka.

Read moreContoh Karangan – KEBURUKAN TELEVISYEN

Contoh Karangan SPM – Kokurikulum

Belajar online

Aktiviti kokurikulum merupakan satu aktiviti wajib di setiap sekolah. Para pelajar wajib menyertai aktiviti yang dijalankan., naik menyertai persatuan, unit beruniform, ataupun olahraga. Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum.

Read moreContoh Karangan SPM – Kokurikulum

CONTOH KARANGAN – Usaha Membendung Kenaikan Harga Minyak

peperiksaan spm

Sejak akhir-akhir ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa usaha yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Read moreCONTOH KARANGAN – Usaha Membendung Kenaikan Harga Minyak