Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 – Bab 1

london 5220551 1280 1 Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 - Bab 1

Table of Contents

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Tamadun / Tamadun Awal

Nyatakan maksud tamadun

–  Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
–  Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
–  Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
–  Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
–  Peradaban manusia

Berikan ciri masyarakat bertamadun.

–  Pertempatan kekal
–  Kehidupan berorganisasi
–  Sistem pemerintahan
–  Pengkhususan pekerjaan
–  Agama dan kepercayaan
–  Bahasa dan sistem tulisan

Namakan contoh sistem tulisan tamadun awal

–  Cuneiform
–  Piktograf
–  Hieroglif
–  Ideogram

Nyatakan kepentingan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal

–  Penyimpanan rekod
–  Penulisan undang- undang
–  Mencatat hal-hal keagamaan
–  Mencatat idea dan pemikiran manusia

Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam

–  Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
–  Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat
–  Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
–  Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
–  Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
–  Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
–  Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral


Tamadun Mesopotamia

Petempatan awal di Lembah Mesopotamia telah berkembang secara evolusi kepada bandar dan negara kota sehingga membentuk tamadun terawal di dunia yang memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia sejagat.

Terangkan ciri negara kota Mesopotamia

–  Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
–  Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
–  Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat
–  Kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
–  Terdapat jalan raya yang lurus
–  Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
–  Terdapat sungai yang memudahkan pengangkutan
–  Mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya melalui jalan laut
–  Terdapat kawasan tanah pamah

Nyatakan peranan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.

–  Raja sebagai ketua pentadbir
–  Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
–  Raja dianggap tuhan / wakil tuhan
–  Raja sebagai pemilik negara kota
–  Raja ketua tentera
–  Raja ketua pendeta
–  Raja ketua agama

Senaraikan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi.

–  Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
–  Hukuman denda dan setimpal dengan kesalahan
–  Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
–  Mengandungi 282 undang-undang
–  Dipahat pada tembok dan tiang besar
–  Digubal semasa Hammurabi

Jelaskan faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.

–  Mewujudkan sistem pendidikan
–  Lahirnya jurutulis
–  Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
–  Melahirkan tradisi kesusasteraan
–  Terhasilnya epik Gilgamesh
–  Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, metematik dan geometri
–  Perkembangan dalam ilmu perubatan
–  Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
–  Cara mengubati penyakit dicatat
–  Cara menggunakan ubat-ubatan dapat dicatat


Tamadun Indus

Tamadun Indus ialah tamadun yang terawal di India. Tamadun ini telah muncul pada sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 SM. Dikenali juga sebagai tamadun Harrapa.

Nyatakan ciri-ciri bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa

–  Teratur dan sistematik
–  Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
–  Di kelilingi oleh tembok
–  Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
–  Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
–  Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
–  Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
–  Terdapat sistem kumbahan terancang
–  Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan

Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Indus?

–  Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan / pertanian / pertukangan / pembuatan / artisan
–  Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan Mesopotamia
–  Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
–  Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
–  Petani bercucuk tanam makanan seperti barli/kacang
–  Ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan/penghasilan barangan logam/barangan tembikar

Senaraikan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus

–  Terbahagi kepada dua golongan / golongan atasan dan golongan bawahan
–  Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
–  Pendeta mempunyai kuasa / pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama perkara yang melibatkan keagamaan
–  Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
–  Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
–  Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
–  Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga kebersihan bandar / membina tembok di benteng/membina terusan

Apakah sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia?

–  Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian
–  Perancangan bandar
–  Kemajuan dalam geometri
–  Kemajuan pembinaan / seni bina
–  Teknologi pembakaran batu-bata dengan suhu tinggi
–  Sifat keterbukaan
–  Membuat hubungan dengan tamadun lain

Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

–  Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar
–  Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa
–  Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan
–  Melahirkan masyarakat yang kreatif
–  Menghasilkan teknologi hebat
–  Mempunyai sifat keterbukaan

Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan pembentukan bandar terancang dalam tamadun Indus.

– Bandar terbahagi dua bahagian
-Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan
– Menempatkan bangunan pentadbiran
– Tempat mandi awam
– Tempat menyimpan hasil pertanian
– Bahagian kedua kawasan perumahan
– Bandar dirancang dengan rapi
– Susun atur sistematik
– Dibantu oleh kemajuan geometri
– Dibantu oleh kemajuan pembinaan
– Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
– Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
– Bandar disusun berasaskan blok
– Blok berbentuk segi empat
– Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
– Jalan raya bersambung antara satu sama lain
– Bandar juga dihubungkan dengan sungai

Nyatakan ciri-ciri organisasi sosial dan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus.

Organisasi sosial
– Golongan atasan
– Terdiri daripada pendeta dan pedagang
– Pendeta kelas utama
– Mempunyai kuasa mengawal aktiviti masyarakat/agama
– Golongan bawahan memberi ketaatan kerana agama
– Pendeta memegang tampuk pemerintahan
– Golongan bawahan
– Terdiri daripada petani dan buruh
– Petani menjalankan akiviti pertanian
– Petani menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
– Buruh menjalankan aktiviti perburuhan
– Menjaga kebersihan bandar
– Membina tembok di benteng
– Membina terusan

Pengkhususan pekerjaan
– Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
– Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Pembuatan
– Aktiviti perdagangan
– Perdagangan dengan luar/Mesopotamia
– Penemuan cop mohor Mesopotamia
– Hasil dagangan tanaman makanan barli, kacang
– Ada ahli masyarakat menjadi artisan
– Terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam Membuat tembikar

Nyatakan sumbangan tamadun Indus dalam perkembangan peradaban dunia.

– Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
– Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan mereka
– Perancangan bandar mewujudkan bandar terancang Mohenjo-Daro dan Harappa
– Pembinaan memerlukan ilmu geografi, kesenian dan matematik
– Menyusun bandar berasaskan bentuk segi empat
– Membina jalan raya yang lurus
– Meningkatkan mutu binaan
– Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
– Sifat keterbukaan membuat hubungan dengan tamadun lain
– Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
– Memperolehi manfaat melalui pertukaran teknologi


Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

Nyatakan maksud ”mandat daripada tuhan” yang menjadi kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.

–  Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
–  Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
–  Pemerintah direstui tuhan

Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.

–  Berbentuk pemerintahan beraja
–  Pengganti raja ialah anak lelaki raja/saudara lelaki yang lebih muda
–  Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
–  Percaya kuasa raja adalah mandat daripada Tuhan
–  Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
–  Golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
–  Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
–  Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
–  Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambilalih pemerintahan Dinasti Shang

Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.

–  Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme
–  Menyembah roh nenek moyang
–  Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
–  Menyembah sungai, bukit dan gunung
–  Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban
–  Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh bomoh
–  Bomoh menggunakan tulang oracle iaitu tulang binatang dan kulit kura- kura untuk meramal sesuatu keadaan
–  Amalan menilik menggunakan tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China

Senaraikan dua kesan kemahiran teknologi gangsa yang dikuasai oleh Dinasti Shang.

–  Menghasilkan senjata
–  Perisai
–  Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
–  Peralatan upacara keagamaan
– Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba

Nyatakan tiga sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.

–  Sistem pemerintahan monarki
–  Gelaran raja ditukar kepada maharaja
–  Pembinaan sistem pengairan
–  Pembinaan terusan
–  Teknologi pembajakan
–  Penciptaan cangkul / sabit
–  Penggunaan batas tanaman
–  Peralatan pertanian daripada besi
–  Sistem tulisan
–  Sistem percetakan
–  Pemujaan roh nenek moyang
–  Konsep Yin dan Yang dan feng shui
–  Sistem kalendar
–  Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

Terangkan sistem pemerintahan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho.

Sistem pemerintahan beraja
Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja

Raja-raja Shang berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama
– Berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
– Percaya kuasa raja mandat dari tuhan
– Tidak perlu mendapat pengesahan politik
– Raja-raja Shang keturunan pemerintah agama

Urusan pentadbiran
– Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
– Bangsawan membantu raja bagi wilayah luar pusat pentadbiran
– Bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah
– Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri, memungut cukai pertahanan dan undang-undang

Raja Dinasti Chou
– Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
– Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
– Mengikat pembesar dengan ikrar taat setia kepada pemerintah Chou
– Pembesar memberi hadiah kepada pemerintah seperti kereta kuda/senjata gangsa / hamba/binatang
– Pembesar melindungi raja
– Memberi bantuan tentera pada masa perang
– Menjadi ketua agama
– Menjalankan upacara pengorbanan

Mengamalkan banyak kepercayaan animisme dan politeisme
– Mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
– Menyembah tuhan syurga (Shang ti)
– Menyembah tuhan bumi (Tu)
– Menyembah sungai, bukit, gunung
Upacara penyembahan
– Melibatkan permainan muzik, tarian
– Upacara korban diketuai oleh golongan bomoh

Jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang
– Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle
– Fungsi tulang ini untuk meramal sesuatu keadaan
– Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang di unggun api sehingga merekah
– Rekahan ini ditafsirrkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian

Nyatakan susun lapis organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang

– Lapisan paling atas ialah golongan raja dan pembesar
– Diterajui oleh raja
– Golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa
– Menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan
– Golongan bawahan ialah golongan petani dan artisan
– Petani membentuk sebahagian penduduk kawasan luar bandar
– Artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
– Golongan paling bawah ialah hamba
– Perhambaan merupakan ciri utama Dinasti Shang

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho.

– Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno
– Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
– Gelaran raja ditukar kepada maharaja
– Konsep anak syurga dan Mandat dari syurga dikaitkan dengan raja
– Amalan putaran Dinasti diteruskan hingga abad ke 20
– Pembinaan sistem pengairan
– Pembinaan terusan untuk mengelak banjir dan mengairi kawasan pertanian
– Teknologi pembajaan dan penciptaan cangkul dan sabit
– Petani menggunakan batas untuk penanaman
– Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi
– Sistem tulisan digunakan dalam penulisan dan percetakan
– Tulisan juga diajar di sekolah China
– Tulisan berkembang dan penggunaan oleh orang Korea dan Jepun
– Sistem kepercayaan melibatkan pemujaan roh nenek moyang kekal sehinggga hari ini
– Unsur pemujaan dimulakan sejak zaman Shang dan diteruskan mengikut kesesuaian masa
– Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan kepercayaan masyarakat China
– Sistem Kalendar diperkenalkan semasa pemerintahan Shang
– Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun
– Raja menggunakan kalendar untuk digunakan bagi menentukan musim menanam dan menuai
– Menjalankan upacara perkahwinan/perburuan/pengkebumian
– Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu The Art Or War oleh Sun Tzu
– Membicarakan selok belok perang dan menangani musuh
– Pada hari ini falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan


Tamadun Mesir Purba

Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.

– Pemerintah tertinggi iaitu raja digelar Firaun.
– Firaun menjadi ketua pemerintah
– Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
– Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis
– Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan
dan menguruskan pengagihan bekalan makanan
– Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah
– Rahib menguruskan hal keagamaan
– Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba.

– Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
– Kanak-kanak diberi pendidikan sejak daripada umur yang rendah
– Institusi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
– Pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
– Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih untuk menguruskan tanaman/mengawal banjir/membina bangunan/membina piramid
– Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains
– Melahirkan pengamal perubatan

Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia.

Senibina piramid
– Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep
– Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
– Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan

Penciptaan kertas daripada pokok papyrus
– Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata
– Penyimpanan rekod khazanah bangsa
– Menggunakan tulisan yang cantik halus dan penuh seni pada makam dan batu Tinggalan dalam bentuk rekod dan tertulis dengan tulisan hieroglif

Mewujudkan sistem pendidikan
– Sistem pendidikan untuk kanak-kanak keluarga atasan
– Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
– Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
– Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
– Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih

Kemajuan perubatan
– Melahirkan pengamal perubatan
– Pengamal perubatan mendapat status yang tinggi kerana berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat
– Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan
– Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
– Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu

Pengawalan air daripada Sungai Nil
– Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, astronomi digunakan dalam mengawal banjir yang berlaku sekali setahun
– Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
– Pemerintahan Firaun Senuusret III telah membina tembok pengairan bagi menebusguna kawasan padang pasir
– Beliau juga membina terusan untuk mengairkan tanah
– Pengetahuan astronomi dan matematik
– Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “ Hadiah daripada Sungai Nil ”
Apakah yang anda faham dengan pernyataan di atas?

– Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean
– Berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih
– Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang menukarkan bentuk muka bumi Mesir menjadi tanah dataran yang subur
– Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia
– Tanah lanar yang dibawa berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia
– Petempatan tetap di sepanjang sungai berkembang menjadi perkampungan
– Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka memperkenalkan sistem kalendar
– Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar dan membentuk nome
– Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia
– Kemajuan tamadun bergantung kepada pengawalan air Sungai Nil
– Melahirkan perkembangan ilmu matematik seperti algebra dan geometri
– Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka memperkenalkan sistem kalendar
– Pokok papyrus dijadikan kepingan kertas
– Kapal-kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti Thebes/ Memphis/ Fayoum/ Abydos dan Heliopolis
– Pemerintah mencipta sistem pengairan
– Sistem pengairan telah menukar padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian

Jelaskan sistem kepercayaan tamadun Mesir Purba

– Percaya kepada konsep politeisme
– Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ), Ra–Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin)
– Percaya pada kehidupan selepas mati
– Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti
– Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan serta kelengkapan selepas mati
– Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat.

Terangkan pencapaian masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam bidang matematik dan astronomi ?

– Dapat mengawal banjir sungai Nil
– Mencipta sistem pengairan/terusan
– Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
– Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun
– Pembinaan bangunan
– Piramid
– Menguruskan hal ehwal pertanian

Leave a Reply

Your email address will not be published.