Cara-cara Mengembalikan Budaya Lama

Belajar

Kita hidup sandar-menyandar bak aur dengan tebing. Kita terus berpegang pada amalan murni budaya lama bukit sama didaki, lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjana masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dalam kalangan masyarakat.

Read more