KESAN KEGANASAN KEPADA MASYARAKAT DUNIA

SPM Bahasa Malaysia

Tempelak daripada peribahasa, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah menunjukkan bahawa pertelagahan antara pihak yang berkuasa telah telah membawa musibah kepada rakyat. Penindasan, kezaliman dan penubuhan seolah-olah menjadi sebahgian daripada agenda penting beberapa kerat pemerintah di dunia ini. Tangan mereka tidak pernah kering dengan darah kerana diri dibelenggu oleh sikap rakus dan sombong. Musibah yang timbul daripada perbuatan zalim itu, anak-anak kecil, warga tua dan golongan wanita menajdi mangsa. Bumi yang sebelum ini subur menjadi padang jarak padang tekukur dan seterusnya dunia menyaksikan krisis kemanusiaan seperti pelarian, kebuluran, penyakit dan kini melarat kepada jenayah pemerdagangan manusia pula.

Read more