Skip to content

KESAN KEGANASAN KEPADA MASYARAKAT DUNIA

SPM Bahasa Malaysia

Tempelak daripada peribahasa, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah menunjukkan bahawa pertelagahan antara pihak yang berkuasa telah telah membawa musibah kepada rakyat. Penindasan, kezaliman dan penubuhan seolah-olah menjadi sebahgian daripada agenda penting beberapa kerat pemerintah di dunia ini. Tangan mereka tidak pernah kering dengan darah kerana diri dibelenggu oleh sikap rakus dan sombong. Musibah yang timbul daripada perbuatan zalim itu, anak-anak kecil, warga tua dan golongan wanita menajdi mangsa. Bumi yang sebelum ini subur menjadi padang jarak padang tekukur dan seterusnya dunia menyaksikan krisis kemanusiaan seperti pelarian, kebuluran, penyakit dan kini melarat kepada jenayah pemerdagangan manusia pula.

ISI KARANGAN KESAN-KESAN KEGANASAN

Isi 1 : Sistem politik dan pemerintahan sesebuah negara/wilayah menjadi kucar-kacir – pihak yang berkuasa sering bertelagah sesama sendiri – berlaku perebutan kuasa, jatuh-menjatuhkan dan guling-menggulingkan – berlaku perang saudara dan termasuk juga campur  tangan oleh kuasa asing

Isi 2 : Kemajuan ekonomi negara akan merudum – pendapatan negara merosot – hutang meningkat – tiada peluang pekerjaan  – rakyat hidup menderita

Isi 3 : Keadilan sosial hancur – hukum sesiapa yang kuat dialah dapat – penindasan, kekejaman dan penipuuan berlaku secara leluasa –rakyat menjadi pelarian

Isi 4 : Melebarkan jurang kemiskinan antara negara – negara yang sering bergolak menjadi miskin dan berlaku kacau-bilau – rakyat hilang fokus untuk bekerja dan membangunkan negara – wujud perbezaan taraf hidup rakyat dengan rakyat di negara jiran

Isi 5 :  Rakyat yang tidak berdosa menjadi korban keganasan dan sikap rakus golongan yang tamak kuasa  – rakyat hidup dalam  keadaan yang daif, berpenyakt, buta huruf  dan menjadi liabiliti kepada pembangunan negara

Kesimpulan : Golongan yang ganas, rakus dan tidak berperikemanusiaan inilah yang sering di tempelakkan  bahawa dalam khalayak  binatang mungkin tiada manusia, tetapi dalam khalayak manusia terdapat haiwan yang ganas. Manusia dikurniai Allah dengan akal dan perasaan, sebaliknya apabila kedua-dua anugerah tersebut tiidak dimanfaatkan dengan betul justeru wujudlah manusia yang bertopengkan haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *