Contoh Karangan

kepentingan Amalan Menabung

Contoh Karangan – Kepentingan Amalan Menabung

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan Pelajaran Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada kita.

Read More »Contoh Karangan – Kepentingan Amalan Menabung