Kandungan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi suatu keperluan dalam tadbir urus negara bagi memastikan perkhidmatan awam berkualiti dan berdaya saing. Jelaskan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam perkhidmatan awam
Kerajaan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dalam tadbir urus kerana teknologi ini merupakan suatu keperluan untuk meningkatkan kualiti sistem tadbir urus dan penyampaian maklumat kerajaan.
Kecekapan perkhidmatan awam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat melahirkan sumber manusia yang kompeten dalam aplikasi teknologi. Semua urusan dengan pelanggan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan cepat. Pengurusan maklumat dan data dapat diurus menggunakan aplikasi elektronik.Pengurusan yang cekap dan kompeten akan menyakinkan orang ramai terhadap sektor awam.
Produktiviti sektor awam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam meningkatkan produktiviti sektor awam. Pengurusan secara online melonjak prestasi dan meningkatkan produktiviti sektor awam. Urusan pembayaran cukai dan semua transaksi boleh dibuat secara online. Orang ramai boleh akses sistem kerajaan (e-gov) untuk pelbagai urusan. Kemudahan elektronik dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan awam.
Mengurangkan kospengurusan awam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam mengurangkan kos pengurusan awam. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat mewujudkan pengkalan data yang mengumpul dan menyimpan semua maklumat berkaitan tadbir urus. Semua jabatan dapat akses maklumat dengan mudah dan cepat. Perkongsian maklumat ini melibatkan semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat contohnya Lembaga Hasil,PDRM dan Kastam. Semua urusan lebih mudah dan cepat serta dapat mengurangkan kos awam kerana tidak perlu mengisi borang maklumat berulang-kali.
Simpanan maklumat dan data
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam mengatasi masalah simpanan maklumat dan data. Maklumat dan data dapat disepadukan melalui sistem “online”. Semua jabatan boleh mengakses dan membuat rujukan maklumat dan data dalam pengkalan data awam. Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai keupayaan menyimpan data dalam tempoh masa yang lama. Maklumat dan data boleh diubahsuai dan ditambah dalam masa yang singkat.
membina imej amalan baik
Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi suatu keperluan dalam membina imej amalan baik. Aplikasi elektronik menjadi amalan professional sektor awam dan tadbir urus baik negara. Orang ramai mampu berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan cepat. Negara dapat membina hubungan baik dengan negara lain melalui sistem dan rangkaian elektronik. Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membina imej tadbir urus baik negara dalam kalangan rakyat dan negara luar.
Penutup Esei
Kesimpulannya, sistem penyampaian perkhidmatan awam telah berubah dan lebih berdaya saing apabila mengaplikasikan teknologi maklumat dalam tadbir urus. Perubahan ini pasti akan memberi manfaat kepada kerajaan untuk memacu pembangunan negara.