Rangka Karangan

Belajar online

Teknik menulis karangan dan contoh menulis

Asas penulisan sesebuah karangan ialah kemahiran membina perenggan sama ada perenggan pengenalan, perenggan isi atau perenggan penutup. Hal ini disebabkan pemerengganan merupakan unsur penting pembentukan fizikal sesebuah karangan. Sebagai contoh, melalui perenggan pengenalan, pelajar dapat menyampaikan idea awal untuk memancing minat pembaca. Selain itu, pengenalan seharusnya dapat memberi gambaran ringkas tentang hala tuju penulisan yang akan dipersembahkan. Manakala perenggan isi pula merupakan badan sesebuah karangan. Keutuhan perenggan isi pula bergantung pada isi yang dihuraikan dengan jelas. Seterusnya, perenggan penutup merupakan kesimpulan penulis terhadap tajuk yang dibincangkan.Read More »Teknik menulis karangan dan contoh menulis

tips peperiksaan

Isu Karangan STPM 2002 – 2010

Pelbagai isu karangan telah dikemukakan dalam Kertas Bahasa Malaysia STPM dari tahun 2002 hingga 2010. Oleh itu, calon-calon STPM 2011 hendaklah meneliti isu yang telah dikemukakan itu seperti yang dipaparkan di bawah. Kajilah isu-isu karangan itu untuk membuat jangkaan isu yang mungkin dikemukakan pada tahun ini.Read More »Isu Karangan STPM 2002 – 2010