Skip to content

Rangka Karagan Peranan Bioteknologi (STPM)

tips peperiksaan

Peranan bioteknologi dalam konteks pembangunan negara .

Peranan Bioteknologi

Bioteknologi secara am adalah merujuk kepada penggunaan teknologi proses biologi untuk mengatasi pelbagai masalah kehidupan manusia. Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel.

Bioteknologi memajukan industri pengeluaran makanan

  • Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan .
  • Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik .
  • Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan .
  • Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia .

Bioteknologi dalam mengatasi masalah pencemaran

  • Mikrob seperti bakteria baru hasil kaedah bioteknologi dapat mempercepat proses pereputan membantu penguraian najlis haiwan ternakan dan manusia dengan sempurna .
  • Kaedah ini telah digunakan oleh syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd untuk menguruskan air kumbahan penduduk Malaysia dalam tangki-tangki septik di seluruh negara dengan sempurna .
  • Mikrob biotek tertentu boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik .

Bioteknologi membaharui kaedah perubatan

  • Pengaplikasian teknologi pengklonan dan kultur tisu akan dapat menghasilkan sel-sel neuron untuk mengantikan sel saraf otak rosak dalam pesakit Parkinson .
  • Sel dan tisu kulit mungkin dapat dikultur untuk menggantikan kulit yang terbakar teruk kepada mangsa kebakaran .
  • Teknologi pengklonan pula membolehkan saintis menghasilkan klon manusia (atau organ tertentu) dan haiwan untuk mengatasi masalah kerosakan organ seperti sakit jantung dan kegagalan ginjal .

Bioteknologi merupakan pendekatan baru untuk meningkatan produktiviti pertanian

  • “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa .
  • Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik .
  • Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus .
  • Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan tanaman lain .

Bioteknologi kurangkan penggunaan racun makhluk perosak

  • Penggunaan baka kapas tebal kepada ulat perosak kapas atau kapas Bt di ladang-ladang kapas Amerika telah mengurangkan penggunaan racun perosak .
  • Tanaman Bt ialah tanaman yang telah disuntik dengan gen bacillus thuringlensis (Bt) sejenis bakteria tanah sehingga dapat mengeluarkan bahan racun serangga sendiri mejauhkan serangga .
  • Ini menjimatkan kos racun makhluk perosak dan meningkatkan keluaran kapas di Amerika .
  • Tanaman Bt lain termasuklah kentang , jagung , tomato , epal dan tembakau .

Penutup

  • Bidang bioteknologi ini amat berguna dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan patut dipergiatkan untuk meningkatkan lagi potensi bidang bioteknologi demi kebaikan umat manusia .

Rangka Karangan: Manfaat Bioteknologi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *