Skip to content

Karangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Internet

Penggunaan Teknologi Maklumat

Pada masa kini, golongan pelajar haruslah menguasai teknologi maklumat.Apakah faedah penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi kepada murid?

Faedah Penggunaan Teknologi Maklumat kepada Murid

Berdasarkan lagu “Keranamu Malaysia” karya Pak Ngah dan Siso Kropatasa, faedah teknologi maklumat dan internet boleh dikatakan mempunyai seribu kemashalahatan kepada golongan remaja pada masa kini. Taktala, kita rancak menari dan menyanyi mengikut rentak arus permodenan, bak kata pepatah bagaikan belit diketil ekor, kemajuan teknologi bukanlah suatu yang asing lagi, malah kemajuan teknologi wajib digunakan saban hari. Teknologi maklumat merupakan suatu ciptaan yang dicipta oleh Robert Kahn dan VintCerf yang dapat melebihi kemampuan manusia yang biasa ini dan saya sebagai golongan remaja mengatakan kita perlulah menggunakan teknologi berkenaan dengan sebaik mungkin.

Namun begitu, penggunaan teknologi maklumat juga membawa kesan negatif semakin hangat diperkatakan oleh ahli akademik segenap empat penjuru di dunia ini , akan tetapi teknologi maklumat juga sememangnya, banyak memberikan kebaikan lebih daripada keburukan jika manusia menggunakannya untuk kebaikan . Jadi janganlah takut untuk menggunakan kemudahan teknologi yang tersedia ada di negara ini. Jika ditinjau semula sejarah pembangunan teknologi maklumat ,pelbagai prasarana dan kemudahan telah dihasilkan hasil daripada kajian saintifik dan inovasi para saintis. Kemudahan dan manfaat teknologi maklumat pada masa kini pula lebih jauh berbeza daripada teknologi maklaumat pada masa dahulu. Malahan, golongan remaja haruslah menguasai teknologi maklumat ini sepenuhnya . Persoalannya, faedah-faedah teknologi maklumat kepada golongan remaja?

penggunaan teknologi maklumat menjimatkan masa

Sebagai perbincangan faedah yang pertama, penggunaan teknologi maklumat manfaat untuk menjimatkan masa seseorang. Bak kata Abraham Lincoln bekas presiden Amerika Syarikat pernah berkata “Jika saya diberikan lapan jam untuk menebang sebatang pokok,saya akan menghabiskan enam jam saya untuk mengasah kapak saya”. Hal ini demikian menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengurusan masa dalam melakukan setiap pekerjaan . Malahan dengan melalui penggunaan teknologi seperti internet dan komputer , golongan pelajar mampu menjimatkan banyak masa, misalnya maklumat yang hendak dicari tidak lagi perlu dicari melalui ratusan buku di perpustakaan. Hal ini demikian kerana maklumat boleh dicapai hanya melalui satu sentuhan di hujung jari, pelajar mampu untuk mencari maklumat di laman sesawang seperti “Google”.

Selain itu, untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, remaja tidak lagi perlu menghabiskan masa mendapatkan info-info tertentu .Tambahan pula, memandangkan pendidikan kini berformatkan abad ke-21 ,yang berasaskan pembentangan pelajar di kelas, penggunaan Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya amat membantu, malahan dengan melakukan pembentangan pelajar suasana pembelajaran akan menjadi lebih ceria dengan video-video grafik dan lagu-lagu yang diilhamkan. Impaknya,remaja yang bakal mencapai cita-cita hingga ke Menara gading akan berasa mudah untuk menyesuaikan diri dengan adanya kemajuan maklumat berkenaan. Hal ini demikian kerana, dunia di luar sekarang sudah maju iaitu lebih kepada bersifat dalam talian seperti e-learning , e-dagang , e-perbankan dan bermacam lagi. Remaja tidak akan menjadi seperti rusa masuk ke kampung kerana kemajuan teknologi makluam terkini. Justeru, teknologi maklumat sememangnya dapat menjimatkan masa.

mencari dan mengumpul maklumat

Seterusnya ,faedah lain bagi menguasai internet ialah kita boleh mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini demikian kerana, dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal sudah pun dimuat naikkan di laman sesawang bagi memudahkan kerja pengguna untuk mencari maklumat, malahan teknologi maklumat juga mampu mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian laman sesawang dan segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah setiap maklumat yang kita perlu dapat kita peroleh daripada pelbagai sumber maklumat yang boleh dipercayai kesahihannya. Sebagai contoh,sekiranya kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini tentang dunia , kita hanya perlu membuka surat khabar tanpa talian atau online seperti Berita Harian , Utusan Malaysia Online dan sebagainya. Malahan sebagai seorang pelajar saya juga boleh mendapatkan maklumat mengenai berita terkini yang berlaku di dunia kerana dengan internet dunia ibarat tanpa sempadan.

Perkara ini secara tidak langsung bermanfaat untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaharu kerana dalam media bukan di atas talian mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan tetapi diatas talian sudah. Contohnya, kita mengetahui akan berita semasa tentang wabak corona virus atau dengan mudah dikenali (COVID-19) sudah masuk ke fasa ketiga iaitu perintah kawalan pergerakkan sudahpun mula diperketatkan dengan mengambil tindakan keatas sesiapa yang cuba untuk keluar rumah tanpa alasan yang kukuh dan kita juga akan lebih mengetahui akan jumlah angka terkini tentang wabak corona virus di serata dunia, bahkan juga kita akan dapat tahu akan angka jumlah penularan wabak tersebut setakat hari ini Malaysia telah mencatatkan seramai 50 ribu kes. Justeru itu, kita perlulah sentiasa mengambil tahu tentang dunia kita pada hari ini supaya kita tidak menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak tahu akan berita semasa. Tegaslah, kita perlu sentiasa peka akan dunia kita supaya kita dapat mengetahui berita semasa.

memudahkan kita untuk berkomunikasi

Selain itu, faedah lain yang dapat diperoleh ialah memudahkan kita untuk berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah melepasi lautan dan benua seantero dunia. Hal ini kerana,terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi. Berkomunikasi di internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk dihadap telefon mahupun komputer. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh di rantau untuk bekerja dan belajar . Oleh sebab itu,dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan menggunakan internet.

Mereka hanya perlu mengakses aplikasi “Google Meet, Webex , Zoom dan sebagainya untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi melepaskan kerinduan , sebagai contoh lain pada hari ini sewaktu cuti wabak corona virus ramai guru-guru sekolah telah menggunakan kaedah ini untuk meneruskan pembelajaran silibus untuk mengajar, meskipun guru tersebut hanya mengajar melalui aplikasi talian tetapi masih ramai juga yang menyertai kelas diatas talian tersebut dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa tiada sebab untuk kita mengetepikan pelajaran sewaktu cuti kerana masa itu emas kita perlu menghargai setiap masa yang ada, hal ini demikian kerana terdapat pelbagai aplikasi yang boleh dilayari untuk meneruskan pembelanjaran.Tambahan pula, gajet telefon dan komputer sekarang boleh diaplikasikan sebagai akses kemudahan internet dan ini dapat memudahkan komunikasi.Tuntasnya, penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan pelajar dan masyarakat untuk berkomunikasi jarak jauh.

memperkasakan kemahiran pelajar

Akhir sekali, sebagai pelajar berminda kelas pertama , saya ingin menggunakan bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata pelajaran mampu memperkasakan lagi kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama bagi pelajar yang akan menduduki Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Hal ini terbukti apabila guru-guru berdedikasi, bertanggungjawab akan berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja,guru berkenaan juga membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi di laman bloger tersebut dengan mudah. Pelajar boleh gunakan untuk mempelajari kemahiran seperti “Google Classroom” iaitu kita perlu mengertai kelas yang tersedia ada untuk membantu kemahiran kita melalui mata pelajaran tertentu.

Kita perlulah bersyukur kerana guru tersebut tidak meminta kita untuk mengeluarkan caj bayaran untuk menyertai blog mereka akan tetapi kita perlulah sentiasa menghargai usaha mereka . Kita perlulah sentiasa berusah kerana usaha tangga kejayaan ,setiap usaha pasti ada balasannya, begitulah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar ingin berjaya mereka perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.Justeru terbukti, faedah internet banyak memberikan kebaikan kepada pelajar terutama pelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Penutup Karanganmanfaat Teknologi Maklumat

Konklusinya, menguasai penggunaan Teknologi Maklumat banyak mendatangkan pelbagai manfaat kepada pelajar. Oleh itu,pelajar haruslah memanfaatkan penggunaan internet kerana melalui penggunaan Teknologi Maklumat segala maklumat berada di hujung jari. Internet juga mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada pelajar dan masyarakat jika digunakan dengan sebaik mungkin.Dalam era permodenan ini, penggunaan internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan Negara sekarang.Jadi ibubapa harus tidak ketinggalan untuk mendidik anak mempelajari internet di rumahkerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Akhir kata, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemudahan internet banyak memberikan pelajar faedah yang baik.


Contoh Karangan: Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Kebaikan teknologi maklumat

2 thoughts on “Karangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Internet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *