Skip to content

Contoh Karangan: Kesan – Kesan globalisasi

Manfaat dan kesan negatif globalisasi Contoh Karangan: Kesan - Kesan globalisasi

Globalisasi merujuk kepada proses interaksi dan integrasi dengan pelbagai negara dalam segala aspek kehidupan . Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya. Bincangkan.

Manfaat dan kesan negatif globalisasi

Globalisasiatau “dunia tanpa sempadan” merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi. Perkembangan globalisasi memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Globaliasisukar disekat dan turut mempunyai kesan positif berbanding kesan negatif.

Sistem pendidikan negara terus berkembang

Manfaat globalisasi yang boleh dilihat ialah sistem pendidikan negara terus berkembang. Sistem pendidikan negara akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Contohnya, pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau luar negara.Rakyat juga dapat berinteraksi dengan penduduk di seluruh dunia dan bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai bidang. Misalnya, mengakses pelbagai maklumat berguna seperti bidang perubatan, makanan berkhasiat, dan pelbagai isu semasa.

ekonomi negara terus berkembang

Manfaat globalisasi yang boleh dilihat ialah ekonomi negara terus berkembang. Kemajuan negara dapat dipercepatkan melalui proses globalisasi. Peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia dengan menjual barang atau perkhidmatan melalui internet. Pengguna juga boleh membeli-belah dengan cepat dan mempunyai pelbagai pilihan barangan. Melalui perdagangan bebas dan pengaliran modal asing ke Malaysia akan mempercepatkan kemajuan negara. Urus niaga E-dagang dan E-perbankan boleh diakses dengan lebih cepat dan pelabur boleh meluaskan pelaburan di dalam negara. Selain itu, syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga dapat meningkatkan pelaburan mereka ke seluruh dunia dan menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, ekonomi negara akan berkembang pesat apabila globalisasi terus berkembang.

Mewujudkan kerjasama antara negara

Perkembangan globalisasi telah mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat antara negara. Seluruh dunia boleh berinteraksi dan berkongsi maklumat sekaligus mewujudkan hubungan diplomatik yang baik dan meningkatkan kerjasama ekonomi atau sosial. Melalui gobalisasi, negara dapat mengesan masalah negara serantau dengan cepat serta bantuan dapat diberikan dengan segera. Sebagai contoh, kejadian bencana alam seperti banjir dan gempa bumi dapat diketahui dengan cepat oleh seluruh pelosok dunia. Secara tidak langsung, bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera sama ada bantuan dalam bentuk kepakaran,makanan atau perubatan. Kerjasama dan persefahaman sejagat boleh wujud apabila berlakunya perkembangan globalisasi yang positif.

Campur tangan negara lain

Kesan negatif globalisasi ialah campur tangan dalam masalah negara lain. Globalisasi memperlihatkan campur tangan kumpulan-kumpulan tertentu untuk menggulingkan kerajaan. Misalnya,bantuan dan campur tangan tertentu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada seperti di negara Iraq atas alasan mereka menggunakan senjata nuklear atau bersikap kuku besi. Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap seteru mereka.Misalnya, penggodaman sistem pertahanan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.

Peningkatan gejala sosial

Kesan negatifperkembangan globalisasi ialah peningkatan gejala sosial. Peningkatan gejala sosial adalah disebabkan budaya negatif dari barat yang dapat dilihat melalui internet dan televisyen. Pemaparan budaya barat yang buruk dan tidak dapat ditapis boleh melahirkan remaja yang rosak akhlaknya. Sebagai contoh, pengamalan seks bebas, bersekedudukan, punk, gothic yang bertentangan dengan budaya masyarakat melayu boleh merosakkan akhlak remaja. Amalan budaya hedonisme yang menonjolkan budaya barat dan mementingkan hiburan telah bertentangan dengan budaya tempatan turut akan berlaku. Melalui perkembangan globalisasi, budaya murni negara kita terus terhakis dan menyebabkan anak melayu hilang identiti diri.

Ancaman ekonomi Malaysia

Kesan negatif globalisasi ialah ancaman ke atas ekonomi Malaysia. Lambakan produk dari negara-negara luar menyebabkan pengguna membeli produk tesebut dalam kuantiti yang banyak kerana mereka lebih mengemari produk yang bertaraf antarabangsa. Syarikat kecil tempatan mungkin sukar untuk bersaing dengan syarikat besar kesan pengaruh globalisasi. Persaingan yang hebat ini menyebabkan produk tempatan yang tidak dilindungi mengalami kerugian dan pengusaha perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi bersaing dengan produk dari negara luar.

Produk tempatan yang melibatkan usaha rakyat kita terjejas dengan kemasukan produk dari negara-negara luar. Penguasaan syarikat-syarikat multinasional akan menyebabkan syarikat-syarikat kecil oleh usahawan tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar. Akibatnya, serangan mata wang terhadap ringgit Malaysia dan manipulasi pasaran saham menyebabkan nilai mata wang dan saham Malaysia jatuh teruk.

Penutup Karangan globalisasi

Kesimpulanya, globalisasi telah mendatangkan kesan positif dan juga negatif sama ada dalam bidang ekonomi,sosial atau politik negara. Sehubungan dengan itu,masyarakat mesti bijak menerima dan menangkis kesan globalisasi melalui pendidikan yang seimbang. Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran agar dapat terus memberi sumbangan kepada negara. Dengan ini, barulah globalisasi akan memberikan faedah kepada kita dan dapat mempercepatkan lagi proses memajukan negara.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *