Skip to content

Beberapa jenis pengenalan karangan

pelajaran BM

Pengenalan Jenis Definisi
Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,kelab danpersatuan,dan unit pertubuhan seragam.Semua pelajar wajib menyertaikegiatan ini.Sebenarnya, banyak kepentingan atau kebaikan yang akandiperoleh oleh pelajar jika menyertai kegiatan ini.

Pengenalan Jenis Pendapat Tokoh
Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Dato’ Seri Hishammudin Tun Husin Onnmengatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua pelajarmenyertai kegiatan kokurikulum. Beliau menyatakan bahawa pihak pegawaiKementerian Pelajaran akan memantau setiap sekolah untuk memastikankegiatan ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.Beliau menegaskanbahawa kegiatan ini banyak kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Suasana
Pada setiap petang, kawasan sekolah itu dipenuhi pelajar yangmenjalankan pelbagai aktiviti.Ada pelajar yang bermain bola di padang.Di dewan pula, pelajar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihanTae-Kwan-Do.Di depan kantin pula, pasukan kadet polis sedang menjalanilatihan kawad kaki. Semua aktiviti yang dijalankan itu sebenarnyabanyak membawa kebaikan atau kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Persoalan
Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Mengapakah setiap pelajar perlumenyertai kegiatan ini?Adakah pelajar yang tidak menyertai kegiatan iniakan diambil tindakan oleh pihak sekolah? Persoalannya ialah apakahkepentingan pelajar menyertai kegiatan ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *