Contoh Karangan

Perpaduan Rakyat

Contoh Karangan Perpaduan Rakyat

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini perlu dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa „perpaduan rakyat‟? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat‟ dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk
melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?

Read More »Contoh Karangan Perpaduan Rakyat
kegiatan kokurikulum

Contoh karangan menggalakkan kegiatan kokurikulum

Isu tentang penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang semakin kurang memberangsangkan menjadi buah mulut banyak pihak. Mengapakah masalah sebegini boleh berlaku ? Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Lazimnya, semua pihak sedar bahawa masalah ini jika dibiarkan berterusan sememangnya akan menjadi sesuatu perkara serius yang melibatkan masa depan negara. Sebenarnya, terdapat beberapa langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah perlu diambil untuk menggalakkan para pelajar menyertai kegiatan kokurikulum kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Read More »Contoh karangan menggalakkan kegiatan kokurikulum
Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19

Contoh Karangan Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19

PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember 2019. Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 100 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih 2 juta nyawa setakat ini. Selain itu, penyebaran jangkitan koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia serta merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik.

Read More »Contoh Karangan Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19