Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Contoh Karangan: Bagaimana Menghargai Jasa Guru

Jasa Guru

Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa, tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru.

Jelaskan cara-cara menghargai jasa guru.

CARA-CARA MENGHARGAI JASA GURU

Guru merupakan insan mulia yang mencurahkan ilmu dan mendidik generasi masa hadapan negara. Mereka bagaikan lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain. Tanggungjawab guru amat berat namun mereka tetap melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Jasa guru tidak dapat dinilai dengan wang ringgit kerana ilmu yang mereka sampaikan menjadi aset penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, sebagai pelajar yang berbudi bahasa, kita seharusnya menghargai jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga. Terdapat pelbagai cara untuk kita menghargai jasa guru yang telah banyak berjasa dalam kehidupan kita.

Menjaga tutur kata dan tingkah laku

Pelajar yang menjaga tutur kata dan tingkah laku ketika berhadapan dengan guru menunjukkan penghargaan terhadap jasa mereka. Para pelajar hendaklah sentiasa berwajah ceria sambil memberi salam ketika bertemu guru. Semasa di dalam kelas, pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan tidak mengganggu proses pengajaran. Pelajar yang beradab mulia juga akan bertanya khabar guru dengan penuh hormat dan membantu guru membawa bahan pengajaran ke dalam kelas. Murid dan guru bagaikan aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu?

Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah

Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara menghargai jasa guru. Pelajar berdisiplin sentiasa hadir awal ke sekolah, menepati masa, dan berpakaian kemas. Pelajar yang berdisiplin juga akan menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya dan tidak perlu diberi peringatan berulang kali oleh guru. Jika disiplin terkawal, sudah tentu membuang keruh mengambil jernih bagi guru untuk mendidik pelajar. Peribahasa “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” membuktikan kerjasama erat antara guru dan pelajar menjadi pemangkin kecemerlangan.

Mengingati dan menghargai jasa guru

Amalan mengingati dan menghargai jasa guru merupakan budi yang dikenang hingga ke anak cucu. Kita boleh meraikan Hari Guru pada 16 Mei dengan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan. Melawat guru lama di sekolah rendah atau menengah juga merupakan cara yang baik untuk membuktikan bahawa kita masih mengingati jasa dan budi mereka. Hadiah tersebut tidak semestinya mahal tetapi mesti disertakan dengan keikhlasan. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni, ucapan ikhlas sudah cukup bermakna buat para guru.

Contoh Karangan: Peranan Guru dalam Pembentukan Karakter Pelajar

Menziarahi guru ketika kesusahan

Selain itu, menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita menghargai jasa mereka. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka dalam situasi tersebut sebagai tanda simpati, ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Kunjungan kita pasti akan menceriakan hati guru dan memberi semangat kepada mereka untuk cepat sembuh atau menghadapi cabaran hidup. Jangan lupa, guru juga manusia biasa yang mengharapkan sokongan moral. Di samping itu, kita boleh membawa buah tangan atau mengutip derma bagi meringankan beban mereka.

Mendoakan kesejahteraan guru

Mendoakan kesejahteraan guru yang telah mendidik kita merupakan tanda penghargaan yang bermakna. Kita perlulah mendoakan agar mereka sentiasa sihat dan terhindar daripada segala bahaya. Dalam solat kita, kita boleh menyelitkan doa untuk kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada guru-guru yang telah banyak membimbing kita. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan pengampunan dosa. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa guru akan terus dikenang.

PENUTUP

Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan guru tidak ternilai dan sukar dibalas dengan wang ringgit. Menghargai jasa guru bukan sahaja menjadi tanggungjawab para pelajar malah semua pihak dalam masyarakat. Masyarakat yang menghargai ilmu dan pendidikan pasti akan memuliakan golongan pendidik kerana mereka adalah pemangkin kemajuan negara. Kita dapat membuktikan bahawa kita benar-benar menghargai jasa mereka. Setiap ilmu yang diajar oleh guru akan menjadi bekalan kita dalam kehidupan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi mendapat keberkatan daripada Tuhan.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x