Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Jasa guru (Karangan UASA Sekolah Rendah)

home office 336581 1280 Jasa guru (Karangan UASA Sekolah Rendah)

Guru merupakan tokoh penting dalam dunia pendidikan. Mereka berdiri teguh dan sabar mengajar ilmu demi kejayaan murid. Setiap nasihat, teguran dan ajaran guru adalah pelita yang menerangi masa depan anak-anak murid. Tulis karangan tentang jasa guru dan cara anda menghargai mereka.

Jasa Guru Sentiasa Dikenang

Guru ialah insan yang sangat berjasa. Mereka mendidik dan membimbing murid supaya menjadi orang yang berguna. Mereka mengajar dengan penuh kesabaran dan sentiasa ingin melihat murid berjaya. Walaupun penat, guru tetap berusaha menyampaikan ilmu setiap hari di dalam kelas.

Untuk mengenang jasa guru, saya perlu belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi murid yang cemerlang. Kejayaan saya ialah hadiah paling istimewa untuk guru yang mengajar dengan penuh kasih sayang.

Sebagai murid, kita mestilah menghormati dan menghargai jasa guru. Saya juga berdisiplin, berbudi bahasa dan mengamalkan tatatertib yang diajarkan oleh guru. Amalan yang baik akan membuat hati seseorang guru ceria dan berbunga.

Saya cuba untuk menyenangkan hati guru dengan mendengar nasihat mereka. Guru sentiasa memberi tunjuk ajar supaya murid tahu membezakan perkara baik dan buruk. Kita perlu faham bahawa guru sedang membantu kita untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.

Saya juga menyimpan azam untuk membalas budi guru yang telah banyak berjasa suatu hari nanti. Saya mahu berjaya dan menunjukkan kejayaan itu kepada guru sebagai tanda terima kasih. Tanpa guru, kita mungkin tidak pandai membaca, menulis dan mengira.

Akhir sekali, saya sentiasa mendoakan guru supaya sihat dan dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, jasa guru amat besar dalam hidup saya. Saya akan terus menghormati mereka selamanya.

Kesimpulannya, guru merupakan tokoh penting dalam dunia pendidikan. Oleh itu, kita perlu berusaha menjadi murid yang baik dan belajar bersungguh-sungguh agar dapat membalas jasa guru suatu hari nanti. Rinduilah guru yang pernah mendidik kita, dan saya berazam untuk terus menghormati guru saya seadanya.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
????

.

You cannot copy content of this page

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x