Skip to content

Contoh Karangan Kebaikan Sukan Lasak

Kebaikan Sukan Lasak

Aktiviti sukan lasak semakin popular di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang Kebaikan Sukan Lasak.

Kebaikan Sukan Lasak

Kegiatan sukan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kita. Golongan remaja yang mempunyai ketahanan diri dan suka menceburi aktiviti mencabar bolehmembabitkan diri dalam sukan lasak seperti mendaki gunung, ekspedisi berbasikal, dan berkayak. Aktiviti sukan lasak harus diperluas di peringkat sekolah dan Kementerian Belia dan Sukan boleh menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar. Persoalannya, apakah kebaikan sukan lasak kepada golongan remaja?

  • membina kekuatan fizikal
  • menguji kesabaran diri
  • memupuk semangat berpasukan
  • membina keyakinan diri

membina kekuatan fizikal

Antara manfaatnya ialah sukan lasak dapat membina kekuatan fizikal seseorang. Untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut, seseorang perlu berlatih dengan gigih bagi memperoleh kecegasan yang diperlukan. Tanpa tahap kecergasan yang sesuai, seserorang itu tidak mempunyai daya ketahanan yang dituntut. Bidang sukan lasakperludiperkenalkandi peringkat awal supayamembinakekuatan fizikal yang baik dan berjaya dalam bidang ini.

menguji kesabaran diri

Selain itu, seseorang penggiat sukan lasaksepertimendaki gunung dapat berlatih danmembentuk individu yang mempunyai kesabaran diri untukmenghadapi cabaran. Sebagai contohnya, pendaki gunung yang berdepan dengan halangan dalam pendakiannya mestilah bersifar sabar supaya dapat memikirkan cara untuk mengatasi halangan tersebut. Sifat kesabaran sangat penting dalam meniti kehidupan harian kerana banyak masalah dapat diselesaikan berkat kesabaran diri. Justeru, sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah untuk membina remaja yang bersabar.

Sukan lasak memupuk semangat berpasukan

Di samping itu, sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan. Sebagai contohnya, ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamatnya. Tanpa nilai-nilai tersebut, pastinya sesuatu rancangan itu akan menemui kegagalan.

Sukan membina keyakinan diri

Seterusnya, sukan lasak juga dapat membina keyakinan diri pada diri penggiat. Kejayaan yang diraih dengan menghabiskan sesuatu cabaran getir seperti berkayak, berkapal layar, dan berenang maraton dapat menambah keyakinan diri seseorang peserta. Hal ini akan mendorongnya untuk menghadapi sebarang cabaran dengan yakin.

Penutup Karangan

Kesimpulannya,sukan ekstrem atau sukan lasak mempunyai banyak kebaikan. Generasi muda digalakkan supaya membabitkan diri dalam sukan lasak. Pihak berkaitan haruslah memperkenalkan sukan lasak dan mengenal pasti bakat generasi muda. Melalui sukan ini, masyarakay remaja dapat mempelajari cara-cara untuk bermandiri agar kelangsungan hidup dapat diteruskan dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *