Skip to content

Contoh Karangan SPM Kesan Covid 19

Kesan-kesan COVID-19 virus Corona

Kemunculan COVID-19 telahmemberi impak besar dan menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara. Bincangkan kesan kesan COVID 19 terhadap sosioekonomi negara.

Kesan Kesan COVID- 19

Dunia pada hari ini telah digemparkan dengan penularan virus Corona iaitu COVID-19 yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia. Keghairahan menerjah ambang 2020 menjadi suram apabila pada 19 Disember 2019, virus ini mula dikesan telah menyebabkan kematian yang berlaku di wilayah Wuhan, China. Penularan virus ini yang begitu cepat ke serata dunia telah mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada sesebuah negara amnya dan kepada dunia khususnya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang turut tempias dek virus ini yang mudah disebarkan tanpa kita sedari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik. Pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yasin tentang kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak ini amatlah diperlukan. Hakikatnya, kemunculan COVID-19 sudah pasti menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara di samping menggugat kesejahteraan rakyat jelata. Persoalannya, bagaimanakah COVID-19 dikatakan menjejaskan sosioeknomi sesebuah negara?

Menjejaskan tahap kesihatan penduduk

Kemunculan virus Covid-19 telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara kerana boleh menjejaskan tahap kesihatan penduduk sesebuah negara. Virus ini yang dikatakan berpunca daripada pengambilan makanan hidupan liar seperti ular, kelawar dan biawak telah menyebabkan seseorang itu mengalami simptom seperti batuk, selesema dan yang berterusan melebihi 14 hingga 21 hari dan boleh membawa maut. Di Malaysia, kesiapsiagaan pihak yang berwajib dalam menangani isu ini berada pada tahap yang tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes yang mendadak. Implikasinya, sosioekonomi negara akan mengalami defisit disebabkan tenaga kerja yang tidak sihat dan terpaksa menjalani rawatan untuk pemulihan. Statistik menunjukkan kadar peningkatan drastik penularan wabak ini di Itali telah menyebabkan negara tersebut berada dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh diibaratkan seperti telur dihujung tanduk. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemunculan virus Covid 19 ini telah menjejaskan sosioekonomi sesebuah negara dan menggugat kesejahteraan rakyat sesebuah negara.

menjejaskanketenteraman dan kestabilan negara

Dalam pada itu, penularan virus COVID-19 juga dikatakan menjejaskan sosioekonomi negara disebabkan telah menggugat ketenteraman sesebuah negaradan mewujudkan suasana panik kepada rakyat di seluruh dunia. Menurut Ketua Pengarah World Heath Organisations (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, virus Covid 19 kini memasuki fasa pandemik, sekali gus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan. Secara umum, pandemik bermaksud penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempa dan malah hingga ke seluruh dunia.

Penularan virus ini menjejaskan sosioekonomi negara kerana telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat disesebuah negara mahupun dunia yang diketahui umum boleh membawa kepada kematian seseorang. Justeru, pihak yang berwajib telah berusaha sedaya upaya dengan melaksanakan seribu satu prakarsa dalam memastikan masalah ini dapat dibendung kerana pepatah Melayu ada menyebut berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak dapat dinafikan bahawa ketenteraman dan kestabilan sesebuah negara pastinya terjejas angkara virus COVID-19 ini.

menjejaskan ekonomi negara

Jika ditinjau dari aspek yang berbeza, penularan COVID-19 juga mampu menjejaskan ekonomi sesebuah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila rakyat disesebuah negara dikenalpasti dijangkiti virus ini akan menyebabkan pihak kerajaan terpaksa memberikan bantuan yang optimum dalam membendung permasalahan ini. Pastinya, aliran ekonomi sesebuah negara akan tergugatdan merudum yang berpunca daripada kurangnya keyakinan para pelabur mahupun pelancongan terhadap negara yang diancam virus ini. Tamsilnya, menurut Kementerian Pelancongan Malaysia,ramai pelancong dari luar negara membuat keputusan dengan membatalkan percutian mereka ke negara kita kerana bimbang dengan penularan virus ini. Malahan, syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia terpaksa menanggung kerugian atas pembatalan penerbangan percutian ke negara-negara berisiko COVID-19. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan COVID-19 telah memberikan implikasi yang negatif terhadap ekonomi sesebuah negara.

Peningkatan kos perubatan

Dari perspektif yang lain pula, penularan COVID-19 juga mampu menjejaskan sosioekonomi negara kerana mendatangkan peningkatan kos perubatan dan pencegahan yang terpaksa ditanggung oleh sesebuah kerajaan. Disebabkan virus COVID-19 ini merupakan sesuatu yang baharu maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam melakukan pencegahan dan rawatan kepada pesakit-pesakit yang telah dijangkitinya. Kepakaran dan pelbagai peralatan yang berteknologi tinggi perlu digunakan dalam mengenal pasti penularan virus ini juga pencegahannya. Justeru, sejumlah perbelanjaan yang besar wang negara terpaksa digunakan dalam usaha membendung permasalahan ini demi memelihara kesejahteraan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara.

Sebagai contoh, pada peringkat awal penularan virus ini, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan adalah satu-satunya makmal terbabit seacara landsung dalam menjalankan ujian diagnostik mengesan 2019-nCOV di Malaysia. Kapasiti ini diperluaskan bagi rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK Sungai Buloh pada 6 Februari 2020 membuktikan peningkatan keperluan dan kos perubatan dalam mencegah penularan virus ini.

Penutup Karangan Pandemik COVID-19

Konklusinya, kemunculan virus COVID-19 telah menyedarkan kita secara amnya dan dunia khusunya betapa peri pentingnya penjagaan kebersihan dalam amalan hidup seharian yang ditekankan dalam setiap agama. Pertentangan dalam amalan seharian yang melanggar segala larangan agama seperti memakan hidupan liar yang ditegah agama wajar dijadikan sandaran agar kita tidak menjadikannya satu kesilapan. Sesungguhnya, sebagai makhluk yang menumpang sementara di atas muka bumi ini, kita sewajarnya mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya kepada kita.

Natijahnya, jadikanlah peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita semua memperbaiki kelemahan diri agar tidak berulang lagi. Bersama-samalah kita menekankan aspek kebersihan untuk membanteras virus COVID-19 daripada terus membinasakan dunia. Usaha ini perlu digarap bersama kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Contoh Karangan: Langkah-langkah mencegah wabak COVID-19

6 thoughts on “Contoh Karangan SPM Kesan Covid 19”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *