Skip to content

Karangan Faedah Perhimpunan mingguan sekolah

Karangan Faedah Perhimpunan mingguan sekolah

Perhimpunan mingguan sekolah merupakan satu aktiviti yang lazimnya diadakan dengan menghimpunkan semua murid bersama guru di sesuatu tempat dalam sekolah. Persoalannya, apakah faedah perhimpunan mingguan sekolah?

Kepentingan dan Faedah Perhimpunan mingguan sekolah

Perhimpunan mingguan sekolah merupakan satu aktiviti yang lazimnya diadakan dengan menghimpunkan semua murid bersama guru di sesuatu tempat dalam sekolah. Perhimpunan ini wajib diadakan di setiap sekolah supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada murid-murid oleh pengetua sekolah atau guru-guru. Tempat yang sentiasa digunakan oleh pihak sekolah untuk menjalankan perhimpunan ialah dewan besar, dewan kecil, tapak perhimpunan atau kantin. Persoalannya, apakah faedah perhimpunan mingguan sekolah?

Memupuk dislipin pelajar

Faedah perhimpunan mingguan sekolah ialah pelajar dapat memupuk dislipin. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar harus mengikuti peraturan yang ditetapkan semasa perhimpunan. Sebagai contohnya, pelajar dididik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing mengikut barisan dan senyap semasa guru-guru menyampaikan ucapan, mereka mesti menumpukan berhatian dan fokus semasa berhimpunan supaya tidak terlepas segala info yang disampaikan. Pelajar yang melanggar peraturan akan didenda kerana mengganggu pelajar yang lain. Oleh itu jelaslah sikap dislipin dapat dipupuk dalam karangan pelajar melalui perhimpunan mingguan sekolah. 

memahirkan pelajar untuk mencatat nota ringkas

Seterusnya, perhimpunan mingguan dapat memahirkan pelajar untuk mencatat nota ringkas. Hal ini amat penting kerana pelajar boleh merujuk kembali sebagai bahan tersebut apabila menghadapi kekeliruan. Dalam halini, pelajar dapat membuat nota ringkas semasa guru mengajar untuk mengelakan mereka lupa apa yang diajar oleh guru. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa persekolahan malah di alam pekerjaan juga. Teknik tersebut juga dapat memantapkan penulisan murid ketika menulis menulis karangan untuk skor-A dalam peperiksaan. Secara ringkasnya, budaya kemahiran mencatat dapat diterapkan dalam diri murid-murid dengan mengadakan perhimpunan sekolah.

Memupuk semangat patriotik

Fokus perbincangan yang seterusnya ialah perhimpunan mingguan sekolah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat atur cara yang diadakan semasa perhimpunan seperti nyanyian lagu, menaikkan bendera dan membaca Ikrar Rukun Negara. Pelajar sentiasa dididik untuk berdiri tegak semasa menyanyi Lagu Negaraku, lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Pelajar juga perlu menyanyi dengan penuh semangat sebagai tanda menghormati dan menunjukkan semangat taat setia dengan diiringi nyanyian lagu oleh murid-murid dengan penuh semangat. Selain itu, sambutan bulan kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan dirasmikan semasa perhimpunan mingguan untuk membakar semangat cinta akan tanah air dalam jiwa warga sekolah. Dengan itu, pelajar dan guru dapat menghayati sejarah negara dan menghargai jasa tokoh-tokoh negara. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semangat patriotik dapat disuburkan melalui perhimpunan mingguan sekolah. 

Penutup Karangan

Kesimpulannya, pelajar harus mengambil berat tentang kebaikan perhimpunan mingguan sekolah kerana segala kegiatan yang diadakan oleh pihak sekolah pasti mempunyai kepentingannya. Perhimpunan mingguan merupakan sebahagian unsur yang tidak boleh dikesampingkan disetiap sekolah untuk manfaat pelajar. Maka, kita perlu menghadiri perhimpunan mingguan supaya perhimpunan mingguan tidak seperti mencurah garam ke laut. Pihak sekolah sepatutnya memperbaiki sistem penyiaran dan dewan perhimpunan supaya pelajar lebih bersemangat dan fokus semasa perhimpunan. Para guru harus mengawal disiplin pelajar dengan dedikasi supaya taklimat perhimpunan dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan. Kerjasama antara pihak sekolah dan pelajar amat diperlukan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Oleh itu, marilah bersama-sama mengamalkan budaya perhimpunan mingguan secara berterusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page