Kandungan
Halangan mengatasi masalah merokok
- Halangan-halangan yang menggagalkan usaha membuang tabiat merokok.
- Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)
- Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.
- Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.
- Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.
1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini.
- Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.
- Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.
- Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.
- Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.
- Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .
- Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.
- Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.
2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini.
- Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli
- Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.
- Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.
- Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.
- Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok
- Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.
- Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.
3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh.
- Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.
- Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu.
- Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.
- Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem.
- Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.
4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama.
- Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa
- Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.
- Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.
- Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
- Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah.
- Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah!
- Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.
5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok.
- Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.
- Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok.
- Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja.
- Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja
- Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.
- Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.
- Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar.
- Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.
- Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.
Langkah membanteras tabiat merokok
1. Kempen kesedaran
- Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak Merokok’.
- Pelbagai jenis media digunakan.
- Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok.
- Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN
- Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.
- Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.
- Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul
- Mereka akan menjauhi amalan ini.
- Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.
2. Batuan NGO
- Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar.
- Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.
- Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.
- khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.
- Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.
- Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya.
- Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus
3. Dasar kerajaan
- Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.
- Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.
- Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.
- Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.
- Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan.
- Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.
- Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.
- Pengelaman seorang perokok dalam usaha membuang tabiat merokok
- Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.
- Separuh sel paru-paru hampir mati.
- Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
- Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.
- Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.
- Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.
- Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.
- Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.
- Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.
- Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul.
- Tidak menghampiri mereka yang merokok.
- Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.
- Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi ‘tidak sedap’.
- Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok.