Skip to content

Isi Karangan Rokok (Halangan dan Langkah)

sekolah

Halangan mengatasi masalah merokok

  • Halangan-halangan yang menggagalkan usaha membuang tabiat merokok.
  • Bilangan perokok pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat.(Wanita)
  • Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah mengancam kesihatan kita.
  • Usaha demi usaha telah dijalankan untuk membendung tabiat merokok.
  • Namun banyak halangan yang menyekat usaha kita.

1. Ibu bapa yang merokok membantutkan usaha ini.

  • Pendidikan mencegah anak daripada merokok perlu bermula dari rumah.
  • Malangnya Ibu bapa yang merokok akan menunjukkan teladan yang tidak baik.
  • Akibatnya, anak-anaknya akan terikut-ikut dengan telatah orang tua mereka.
  • Pasti ibu bapa tidak dapat menasihati anak menjauhi amalan merokok.
  • Usaha mereka tidak ubah seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul” .
  • Jadi, mereka tidak dapat menghalang anak-anaknya daripada merokok.
  • Dengan ini, tabiat buruk masih berlarutan.

2. Kelemahan diri perokok juga menghalang mereka mengkikis tabiat ini.

  • Ramai perokok sedar tentang kesan buruk tabiat ini tetapi sengaja tidak mengambil peduli
  • Mereka kurang mengambil iktibar daripada bukti sahih perubatan.
  • Ramai yang ketagih kerana gagal mengatasi masalah hidupnya.
  • Mereka cuba mengatasi tekanan hidup dengan merokok.
  • Kesunyian hidup mendorong mereka terus merokok
  • Ada yang tidak berupaya mengawal nafsu dan kurang berazam mengatasinya.
  • Mereka terikut-ikut dengan ajakan kawan-kawan dalam amalan ini.

3. Usaha kerajaan membanteras tabiat buruk ini juga tidak menyeluruh.

  • Kerajaan menyeru rakyat membuang tabiat buruk ini.
  • Namun, usaha menanam tembakau digalakkkan di kawasan pantai Kelantan dan Trengganu.
  • Selagi tembakau dimajukan, selagi itulah rokok akan membanjiri pasaran.
  • Kerajaan juga membenarkan nama syarikat rokok menjadi penaja temasya sukan dan filem.
  • Akibatnya ramai rakyat memberi alasan tanpa menghisap rokok, kita tidak dapat menikmati pelbagai rancangan sukan dan tayangan filem.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan juga merupakan halangan utama.

  • Kini pengharaman mengisap rokok di kawasan awam sudah berkuatkuasa
  • Remaja di bawah usia 18 tahun juga dilarang membeli dan menghisap rokok.
  • Namun remaja masih melayan ketagihan mereka.
  • Rokok dapat beli dengan mudah oleh sesiapa sahaja.
  • Para ramaja melepak di kafe siber, warung, perhentian bas atau pusat membeli-belah.
  • Remaja ini tidak segan silu menghembus asap rokok, sebatang lepas sebatang dalam masih berpakaian seragam sekolah!
  • Tanpa tangkapan dan hukuman yang berat, pasti orang ramai tidak akan takut.

5. Pengaruh iklan rokok merupakan halangan utama usaha kita membasmi amalan merokok.

  • Kerajaan telah mengharamkan iklan rokok dalam media massa.
  • Namun syarikat rokok sepereti Dunhill menggunakan cara lain mempromosikan rokok.
  • Syarikat-syarikat rokok secara agresif menjalankan kempen merokok terutama dalam kalangan golongan remaja.
  • Ini dapat dilihat dengan penglibatan syarikat rokok dalam pelbagai pesta yang melibatkan golongan remaja
  • Jenama rokok menjadi penaja rancangan televisyen dan temasya sukan antarabangsa dsn.
  • Dunhill juga mengiklankan barangan mewah.
  • Dengan itu, mesej rokok sebagai simbol status, dan prestij yang tersirat di sebalik nama rokok tersebar.
  • Selanjutnya ini menggalakkan orang ramai tertarik dengannya.
  • Ini akan menghalang usaha kita membuang tabiat merokok.

Langkah membanteras tabiat merokok

1. Kempen kesedaran

  • Banyak wang sehingga ratusan juta ringgit setiap tahun dibelanjakan untuk menanam sikap benci kepada rokok, umpamanya menerusi Kempen ‘Tak Nak Merokok’.
  • Pelbagai jenis media digunakan.
  • Bermacam jenis strategi juga disusun termasuk memaparkan gambar-gambar yang ‘mengerikan’ di kotak-kotak rokok yang menunjukkan kesan buruk rokok kepada perokok.
  • Program Hari Tanpa Merokok Sedunia anjuran IJN
  • Langkah menghentikan tabiat ini disarankan kepada orang ramai.
  • Kesan buruk rokok disiarkan melalui media massa.
  • Orang ramai akan sedar Kesedaran untuk berhenti merokok timbul
  • Mereka akan menjauhi amalan ini.
  • Ibu bapa akan mengawal ketat anak-anak mereka.

2. Batuan NGO

  • Klinik Berhenti Merokok (QSC) Institut Jantung Negara (IJN) memberikan pelbagai bimbingan kepada perokok tegar.
  • Sesi Sokongan Berhenti Merokok diadakan di IJN.
  • Perokok dijemput menyertai Klinik Berhenti Merokok IJN.
  • khidmat kaunseling kaunselor dapat membantu perokok tegar berhenti merokok.
  • Ubat diberi untuk merawat ketagihan merokoknya.
  • Perjumpaan Sesi Sokongan Berhenti Merokok dianjurkan agar perokok berjaya menahan keinginan merokoknya.
  • Selanjutnya menanam azam untuk memilih jalan hidup yang lurus

3. Dasar kerajaan

  • Melalui dasar cukai, kerajaan boleh menaikkan cukai rokok.
  • Dengan sedemikian, rokok akan menjadi mahal.
  • Golongan yang kurang mampu akan mengurangkan amalan ini.
  • Ini membantu perokok kuatkan azam mereka untuk henti merokok.
  • Kementerian Kesihatan terus menguatkuasakan larangan merokok di zon-zon yang ditetapkan.
  • Sehingga kini sebanyak 21 premis telah dikenal pasti sebagai zon larangan merokok.
  • Antaranya ialah hospital/klinik, lapangan terbang, lif serta tandas awam, restoran berhawa dingin, pengangkutan awam, premis kerajaan, institut pendidikan, stesen petrol, kafe internet, pusat membeli-belah di samping ruangan pejabat swasta dengan sistem pendingin hawa yang berpusat.
  • Pengelaman seorang perokok dalam usaha membuang tabiat merokok
  • Amaran doktor bahawa batuk yang serius tanda awal kanser paru-paru.
  • Separuh sel paru-paru hampir mati.
  • Kahaknya bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
  • Merokok sehingga 40 batang sehari senang kena serangan sakit ahmar.
  • Tiga saluran darah jantung sudah 80% tersumbat.
  • Mula-mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap, secara perlahan-lahan.
  • Hari pertama berhenti merokok, merasa keperitannya.
  • Apabila bangun pagi, teringin sangat hendak merokok.
  • Ingin menangkap dan menghiru asap rokok perokok lain.
  • Terpaksa buat-buat sibuk, jangan biarkan diri kesenangan kerana idea hisap rokok akan muncul.
  • Tidak menghampiri mereka yang merokok.
  • Baru boleh menahan diri daripada ingin merokok apabila melihat orang merokok.
  • Setelah mengambil ubat untuk merawat ketagihannya, bau rokok sudah menjadi ‘tidak sedap’.
  • Sokongan rakan dan sokongan moral kaunselor di Klinik Berhenti Merokok IJN mendorongnya lupa langsung tentang rokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *