Skip to content

Isi Karangan Rokok (Punca/kesan negatif merokok)

membaca

Punca-Punca Seseorang Terjerat Dengan Rokok

1. Pengaruh rakan sebaya

– Lazimnya tabiat ini bermula secara suka-suka.
– Lihat kawan hisap rokok, seseorang cenderung mahu mencuba.
– Ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk mencuba merokok.
– Mereka bermula dengan suka-suka akhirnya ketagih.
– Kalau pun ada yang tidak mahu, pengaruh kuat rakan sebaya akhirnya menjeratnya kepada perangkap rokok.
– Ada juga yang merokok pada awal usia belasan tahun.
– Lazimnya mereka yang mencuba sekali, meskipun ada yang terbatuk-batuk menyedut asap rokok, tidak akan berhenti dengan hembusan asap rokok yang pertama.
– Kaki baru melangkah ke sekolah menengah rendah, sudah mula suka bau wangi asap rokok.

2. Kekeliruan identiti remaja mendorong mereka terlibat dalam tabiat merokok.

– Pada usia yang muda, para remaja hendak menonjolkan diri dengan identiti tertentu untuk dikenali.
– Ramai remaja menganggap amalan ini sebagai fesyen sezaman
– Amalan ini melambangkan kedewasaan mereka.
– Dengan menghisap rokok, mereka nampaknya lebih matang dan dewasa.
– Ada pula menganggap mereka lebih bergaya dan berstatus.
– Ada pula kaum wanita mahukan badan langsing dan percaya amalan ini dapat mengekalkan kelangsingan badan mereka.

KESAN NEGATIF ROKOK

1. Merokok boleh menyebabkan ketagihan.

– Hal ini kerana tembakau mengandungi bahan penyebab ketagihan dipanggil nikotin.
– Ini merupakan bahan psikokimia yang mempengaruhi sistem saraf dan mental seseorang.
– Nikotin dilaporkan menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh dadah kokain dan heroin.
– Penagih akan gian.
– Seluruh badan tidak selesa dan hilang semangat jika terputus bekalan rokok.

2. Merokok mencetuskan masalah disiplin remaja

– Bagi remaja yang terperangkap dengan ketagihan, bukan sahaja wang saku dihabiskan malah ada juga yang berani ponteng sekolah untuk melepas gian.
– Hal ini kerana mereka tidak boleh merokok di sekolah.
– Mereka menjadi liar dan kerap ponteng sekolah kerana ketagih merokok.
– Tidak cukup dengan wang saku sekolah, ada juga yang mula menjadi pandai mengebas duit ibu bapa sendiri.
– Selepads itu mereka mungkin bergelumang dengan tabiat buruk mencuri untuk menampung belanja membeli rokok.
– Malah tidak kurang juga perokok-perokok ini terlibat dengan jenayah juvana dan penyalahgunaan dadah!

3. Rokok menjejaskan kesihatan perokok.

– Asap rokok yang tampak seakan-akan berwarna putih sebenarnya tidaklah sebersih sebagaimana yang lazimnya dikaitkan dengan warna putih.
– Hakikatnya asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membunuh.
– Tembakau adalah penyebab paling utama kematian di seluruh dunia di mana tabiat merokok dilaporkan boleh membunuh satu bilion orang dalam abad ini.
– Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2,000 daripadanya adalah toksik dan 63 karsinogenik.
– Separuh daripada perokok jangka masa panjang diuar-uarkan akan mati akibat penggunaan tembakau yang antaranya menyebabkan kanser paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik serta penyakit jantung.
– Secara puratanya juga, hayat seseorang itu akan menjadi pendek lima minit bagi setiap batang rokok yang dihisap!
– 30 peratus daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.
– 90 peratus daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah juga kerana tabiat merokok!

4. Asap rokok mencetuskan penyakit kanser:

– Tar dan nikotin dalam asap rokok menyebabkan barah paru-paru dan mulut.
– Asap rokok bertoksid menyaluti tisu paru-paru, dan menjadinya kendur.
– Jadi, gas-gas oksigen sukar meresap masuk menyebabkan penyakit emfisema.
– Masalah sesak nafas atau batuk berpanjangan mencetuskan bronkitis.
– Pada tahap serius, kahak perokok bertukar menjadi seakan warna hitam tar jalan.
– Sel-sel paru-paru mengalami tumbesaran yang abnormal menyebabkan kanser paru-paru.

5. Rokok mencetuskan sakit jantung.

– Urat-urat darah menjadi tegang, menyebabkan penyakit jantung.
– Jika ketiga-tiga saluran darah ke jantung tersumbat, pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan.
– Perokok menghadapi risiko serangan jantung yang teruk.
– Perokok yang merokok sehingga 40 batang sehari mudah menderita serangan sakit ahmar.

6. Rokok mengancam tumbesaran bayi dalam kandungan ibu

– Racun asap rokok meresap ke embrio.
– Janin dalam kandungan kekurangan oksigen.
– Kemungkinan besar bayi itu mengalami keguguran awal.
– Ada pula dilahirkan lebih awal dan dalam keadaan kurang berat badan.
– Maka bayi mudah dijangkiti penyakit.
– Kecerdasan otak bayi juga terjejas.

1 thought on “Isi Karangan Rokok (Punca/kesan negatif merokok)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *