Skip to content

Isu kemiskinan

Belajar

Dewasa  ini masalah kebejatan sosial  menjadi isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai sebab yang mendorong berlakunya masalah ini. Ada yang berpendapat bahawa masalah ini disebabkan oleh kemiskinan. Jelaskan pendapat anda.

 

Pendahuluan :

  • pada pandangan kasar – kecetakan ilmu dan kekurangan disiplin diri membawa mereka ke kancah  neraka kebejatan sosial
  • terpesong arah tuju lantaran mengikut tetunjuk nafsu
  • namun timbul pertanyaan  yang bertali-temali – mengapa mereka terlibat
  • kemiskinan jadi jawapannya

 

Isi :

  • keadaan keluarga yang kucar-kacir – terpaksa menanggung keluarga – mengundang malapetaka – penderaan mental dan fizikal
  • mengundang perasaan bosan dan malas  – remaja rela  meninggalkan  rumah  – menuju ke rumah rakan  ataupun berpeleseran  di puat membeli belah atau lebih teruk menuju ke “ lorong-lorong gelap”
  • keadaan yang tertekan di rumah menyebabkan mereka mencari jalan penyelesaian dengan  mencari kawan senasib mereka – tanpa bimbingan  orang yang lebih arif
  • lantaran terarah ke kegiatan-kegiatan  yang tidak bermoral dan berpeleseran  sehingga ke kancah jenayah  yang lebih bahaya
  • Keadaan persekitaran perumahan yang tidak selesa dan pembanguan yang tidak terurus juga membawa kepada permasalahan ini
  • kesempitan hidup – mengundang mereka untuk melipatgandakan  pendapatan tanpa mengira halal haram haram

 

Penutup :

  • kemiskinan – peningkatan gejala sosial
  • perlu lebih  prihatin  terhadap masalah kemiskinan
  • perlu  mengurangkan kadar kemiskinan atau  jika dapat  sifarkan terus daripada kamus masyarakat Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *