Skip to content

Rangka Karangan Isu Pembalakan (SPM / PT3)

Karangan tentang Isu Pembalakan

Hutan membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan yang bernilai. Namun, kawasan hutan di negara kita menghadapi ancaman kemusnahan sebagai akibat pembalakan yang tidak terkawal dan pembalakan haram.

Karangan Kesan kegiatan pembalakan haram

Dewasa ini, kegiatan pembalakan haram di negara kita semakin serius dan berleluasa. Hal ini dapat dibuktikan melalui berita pembalakan haram yang tersiar dalam media seperti surat khabar, radio dan siaran televisyen. Sebenarnya, pembalakan haram akan memberikan kesan yang negatif terhadap alam sekitar khasnya dan kehidupan manusia sejagat amnya.

Pertama sekali, kegiatan yang tidak terkawal ini akan menyebabkan hakisan tanah berlaku di lereng-lereng bukit. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan akar pokok untuk menyokong tanah-tanah di lereng bukit dan seterusnya akan menyebabkan tanah menjadi longgar. Apabila hujan lebat, tanah-tanah yang longgar akan mula runtuh dan berlakulah hakisan tanah.

Selain itu, kegiatan pembalakan haram juga akan menyebabkan pemanasan global yang ketara. Pemanasan global berlaku disebabkan oleh kekurangan pokok. Pokok berfungsi mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida semasa proses fotosintesis. Apabila pokok semakin berkurangan, oksigen akan turut berkurang dan karbon dioksida akan berlebihan kerana pertambahan kegiatan manusia, polusi yang berpunca daripada asap kenderaan dan kilang saban hari. Karbon dioksida akan menipiskan lapisan ozon dan seterusnya menyebabkan pemanasan global yang serius.

Dalam pada itu, kegiatan pembalakan haram juga akan menyebabkan haiwan kehilangan habitat atau tempat tinggal. Hal ini berlaku kerana manusia menebang pokok dan hutan-hutan ditarah sewenang-wenangnya. Apabila hutan ditarah, haiwan akan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berhijrah ke kampung-kampung dan pinggir bandar. Hal ini akan mengancam kehidupan dan  keselamatan penduduk di kawasan-kawasan penempatan yang pesat dan padat.

Kesimpulannya, kegiatan pembalakan haram dapat dipantau dan ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. Para pembalak haram perlu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman yang setimpal tanpa kompromi. Selain langkah penguatkuasaan undang-undang, pendidikan alam sekitar perlu diajarkan kepada murid-murid di sekolah agar lahir generasi yang prihatin dan mencintai alam sekitar sekali gus memerangi aktiviti pembalakan haram pada setiap masa.

Contoh Karangan: Kesan Pembalakan Haram


Rangka Karangan tentang Isu Pembalakan

– Aktiviti penebangan balak secara tidak terancang dan menyalahi undang-undang
– mengeluarkan kayu yang ditebang tanpa kebenaran atau dari kawasan dilindungi penebangan spesies dilindungi atau pengeluaran balak melampaui had yang dipersetujui.

Kebaikan Pembalakan

– memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
– menyediakan peluang pekerjaan
– membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan

Keburukan Pembalakan

– musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
– pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
– musnahnya habitan hidupan liar
– hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dan sebagainya.
– perubahan arah angin dan cuaca berlaku-bekalan oksigen berkurang
– kawasan tadahan negara terjejas
– kesuburan tanah semakin kurang

Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan

– pengeluaran balak dikurangkan dengan menghadkan kawasan pembalakan
– kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Hutan
– penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
– penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
– kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat
– penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
– hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram

Isu Pembalakan Haram

Cara dijalankan:
– secara sulit, yakni jauh di dalam hutan / kawasan pedalaman
– di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
– di kawasan hutan simpan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
– secara penipuan dan penyelewangan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh

Kesan Pembalakan Haram

– merugikan negara dari segi pendapatan cukai
– membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman-ancaman tanah runtuh
– menyebabkan banjir kilat-kerugian harta benda dan nyawa
– mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
– menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan hujan
– Meningkatkan suhu dunia – hutan mempunyai kesan penyejukkan semula jadi

Memusnahkan flora dan fauna
– memusnahkan kawasan hutan yang kaya dengan flora, seperti tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam bidang perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dll.
– Kemusnahan habitat bagi haiwan-haiwan liar dan lain-lain – mungkin pupus – merugikan negara

Menyebabkan berlakunya bencana alam
– akar-akar pokok yang berfungsi mencengkam bumi sudah dimusnahkan- kawasan hutan yang gondol mudah terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air hujan
– berlaku hakisan yang serius hingga menyebabkan tanah runtuh dan mengancam nyawa

Kesan rumah hijau (penipisan lapisan ozon)
– lapisan ozon bertindak memusnahkan larutan karbon dioksida kepada organik
– karbon di udara akan meningkat mengakibatkan masalah pemanasan dunia
– menyebabkan suhu bumi meningkat.

Menjejaskan industri pelancongan
– kekurangan kawasan hutan semula jadi akan mengurangkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara
– menjejaskan sumber ekonomi negara.

Menjejaskan punca rezeki dan kehidupan penduduk setempat
– bekalan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan binatang buruan akan berkurangan
– kekurangan hasil-hasil hutan juga menjejaskan pendapatan penduduk.

Penutup Karangan Isu Pembalakan

– Pembalakan haram mendatangkan kesan negatif kepada ekosistem
– Membawa bencana kepada manusia dan seterunya boleh menjeaskan ekonomi sesebuah negara
– Semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah pembalakan haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *