Skip to content

Contoh Karangan Punca Kes jenayah dan Cara Mengatasi

Rangka Karangan

Tidak dapat dinafikan bahawa kes jenayah yang berlaku di Negara Malaysia semakin serius. Huraikan punca Kes jenayah dan langkah untuk mencegah masalah ini.

Punca Kes jenayah dan langkah mengatasi masalah ini

Kes jenayah merupakan satu kejahatan atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa kes jenayah yang berlaku di Negara Malaysia semakin serius. Kes jenayah bukan sahaja berlaku di tempat awam , ini juga berlaku di kawasan sekolah . Kebelakangan ini sekolah saya telah berlaku dua kes , kes pertama ialah salah seorang pelajar sekolah saya hampir dirogol oleh seorang pemandu lori sewaktu pulang dari sekolah manakala Kes kedua ialah seorang pelajar perempuan sekolah saya telah diberhentikan sekolah kerana telah hamil .

Setiap hari kita buka surat khabar , kita akan mendapati ada kes pembunuhan , kes rogol ,rompak dan sebagainya berlaku . Adakah undang-undang di Negara Malaysia tidak ketat? Dari manakah pembunuh itu dapatkan pistol atau senapang dengan senang? Pelbagai soalan timbul di setiap sudut hati rakyat , walaupun setiap kes jenayah tentu tidak dapat melarikan diri daripada undang-undang ataupun pihak polis tetapi tindakan mereka bagai melepaskan batuk di tangga. Kalau kita tidak mencari dari manakah datangnya punca tersebut, kes jenayah akan terus berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Punca: Dendam

Kebanyakkan kes janayah juga bermula daripada perkataan ini iaitu dendam , tidakah ramai orang yang berpendapat bahawa ini adalah benar? Jika perkara kecil yang berlaku sebenarnya dapat diselesaikan dengan senang tetapi disebabkan perkataan dendam menyebabkan ia menjadi satu kes pembunuhan dan sebagainya .Selain kes pembunuhan , kes seperti merompak dan mencuri di khalayak orang ramai juga sering berlaku di Malayasia. Ini bertambah sedih walaupun kes ini disaksikan oleh ramai orang tetapi tiada seorang pun yang mahu menghulukan bantuan mereka tak kira melaporkan kes itu kepada pihak polis atau sebagainya.

Kerjasamamenjaga keamanan

Pihak sekolah , pihak polis, ibu bapa serta semua orang harus berani mengatakan tidak kepada salah laku jenayah. Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja manakala orang lain sedang menderita , kita harus mempunyai semangat kerjasama , tolong-menolong, dan tidak kurang juga semangat kejiranan. Di Malaysia terutamanya sekitar Bandar seperti Kuala Lumpur , semangat kejiranan mereka amat lemah disebabkan mereka hanya mementingkan kewangan mereka , berpeluk tubuh saja atau menyalahkan pihak polis dan kerajaan tidak menjaga keamanan Negara serta pelbagai alasan lain apabila ada kes jenayah berlaku .

Pendidikan Moral

Apa gunanya jika kita belajar Pendidikan Moral di sekolah tetapi sendiri pula pentingkan diri sendiri? Adakah kita belajar untuk peperiksaan sahaja? Jika jawapan ialah ya , maka Pendidikan Moral harus dibatalkan dengan mengfokuskan kepada pelajaran yang lebih penting seperti fizik , kimia , biologi , ekonomi, prinsip akaun ,bahasa inggeris , bahasa melayu dan bahasa cina . Tujuan sebenah Pendidikan Moral adalah untuk menyerapkan nilai moral kepada setiap rakyat supaya dapat menjadi seorang yang berinsan dan tidak melakukan salah laku jenayah serta dapat membantu orang lain selain daripada diri sendiri.

Berani menentang salah laku jenayah

Sikap manusia adalah suka bergantung kepada satu pihak sahaja , menyalahkan orang lain dan memberi alasan apabila kes jenayah berlaku. Tidakkah kita fikirkan bahawa siapakah yang membenarkan kes jenayah berlaku? Jawapannya ialah diri kita sendiri sebab kita tidak berani menentang atau menghalang salah laku jenayah berlaku. Kalau setiap orang sanggup berdiri di baris hadapan menentang berlakunya salah laku jenayah, Negara kita pasti tidak ada kes jenayah yang berlaku. Tidakkah anda semua setuju tentang perkara ini ? Penjenayah juga akan takut untuk berhadapan dengan orang ramai yang berani mencegah jenayah , sebaliknya mereka mungkin akan insaf dengan perbuatan mereka.

Penutup Karangan Jenayah

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia mempunyai kewajiban untuk mencegah berlakunya jenayah di Malaysia serta ceramah yang selalu diadakan nampaknya tidak mempunyai kesan yang besar untuk kita membanteras jenayah . Kita harus membuktikanya dengan tindakan kita bukannya berbual kosong. Jika kita memastikan keamanan Negara terjamin , kita harus melakukan sesuatu daripada berpeluk tubuh, ingatlah bahawa keamanan negara adalah tanggungjawab kita.


Contoh Karangan: Cara Menangani Kejadian Jenayah Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *