Skip to content

Karangan Rencana – Gejala merokok

Rencana Gejala merokok

Soalan: Remaja zaman sekarang kerap terbabit dalam gejala merokok. Tuis rencana tentang usaha-usaha untuk menangani masalah ini.

Usaha-usaha Menangani Gejala Merokok

Oleh: Aurel Adelya Nizam

Akhir-akhir ini, bilangan remaja yang terbabit dalam gejala merokok semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Gejala ini semakin berleluasa melanda remaja. Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar kerana tindakan ini diibaratkan menconteng arang ke muka sendiri. Semua pihak mestilah bertindak lebih awal, iaitu cegah sebelum parah supaya gejala ini dapat dikurangkan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menangani masalah ini haruslah dilaksanakan sebelum nasi menjadi bubur.

Kempen Tak Nak Merokok

Salah satu usaha untuk membanteras gejala merokok adalah dengan mengadakan Kempen ‘Tak Nak Merokok’. Hal ini demikian kerana, kempen sebegini dapat mengajar, mendidik serta mengisi masa lapang remaja dengan aktiviti yang berfaedah. Pepatah Melayu mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contohnya, pihak yang menjalankan kempen ini hendaklah menyedarkan remaja tentang kesan buruk gejala merokok supaya mereka sedar bahawa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Melalui kempen ini, diharapkan ramaja tidak akan terjebak dalam gejala penagihan dadah atau menjadi bangkai bernyawa pada suatu hari nanti.

Peranan media massa

Selain itu, media massa juga memainkan peranan penting untuk membebaskan para remaja daripada terjerumus dalam gejala merokok. Media massa perlu diberi tugas untuk menyebarkan panduan-panduan kesihatan. Dengan cara ini, remaja dapat didedahkan dengan bahaya merokok serta tidaklah dianggap sepertikatak di bawah tempurung. Jadi, mereka dapat mengelakkan diri daripada mencuba untuk menghisap rokok. Tegasnya, media massa memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan panduan-panduan kesihatan kepada para remaja.

Tempat larangan merokok

Di samping itu, kerajaan hendaklah memperluas tempat-tempat larangan merokok. Hal ini demikian kerana, jika tempat larangan merokok diperluas, remaja tidak kerap merokok. Sebagai contohnya, tempat-tempat seperti pusat beli-belah ,tandas awam, restoran makan yang menjadi tempat remaja merokok haruslah dijadikan tempat larangan merokok. Hal ini dapat mengurangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada zaman pascamerdeka ini.

Peranan Ibu Bapa untuk mendidik anak

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga berperanan untuk mendidik serta mengajar anak-anak supaya tidak merokok. Dalam hal ini, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anak berjalan betul. Sebagai contohnya, mereka melarang anak daripada menghisap rokok, tetapi mereka menghisap rokok di hadapan anak-anak. Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menjauhkan diri daripada gejala merokok keranabapa borek anak rintik.

Usaha pelbagai pihak

Tuntasnya, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menangani masalah yang tidak boleh dipandang enteng ini. Gejala ini merupakan sekatan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Dalam hal ini, masyarakat perlu mempunyai semangat kekeluargaan seperti sikap suka menjaga tepi kain orang atau mempunyai perasaan seperticubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah ini.


Bacaan: Remaja mudah terjebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *