Tulis sebuah karangan tentang “Aku Sebuah Kereta”.
Aku Sebuah Kereta
Namaku ialah Vento. Aku ialah sebuah kereta berwarna biru yang berbentuk sederhana besar. Aku merupakan kereta jenis sedan yang moden dan selesa. Aku diperbuat daripada besi yang kukuh, cermin kaca yang jernih dan tayar getah yang tahan lama.
Kegunaanku amat penting dalam kehidupan manusia. Aku digunakan untuk membawa tuanku ke pelbagai tempat. Aku telah dibeli oleh seorang wanita yang sangat menyayangiku. Setiap minggu, tuanku akan mencuci badanku hingga berkilat. Aku berasa sungguh bersih dan segar selepas dicuci.
Setiap pagi, aku akan membawa tuanku ke pejabat. Apabila tamat waktu bekerja, aku akan membawa tuanku pulang ke rumah. Kadang-kadang aku dibawa ke pasar, pusat beli-belah dan juga ke kampung halaman.
Aku berasa amat gembira kerana mempunyai tuan yang baik hati. Aku akan terus berbakti kepada tuanku selagi aku masih kuat dan mampu bergerak. Aku berharap agar tuanku akan terus menjagaku dengan penuh kasih sayang.
Rangka Karangan
Pendahuluan : Nama, bentuk, jenis dan sebagainya
Isi-isi Penting Kereta
- Diperbuat daripada besi, kaca, dan getah
- Kegunaan untuk memudahkan manusia
- Dibeli oleh seorang wanita – sangat menyayangi diriku
- Dijaga dengan baik – membersihkan badanku setiap minggu
- Memanduku ke pejabat, rumah, dan tempat-tempat lain
Penutup
– Amat gembira mempunyai tuan yang baik
– Berbakti kepoda tuanku selagi berdaya