Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Sukan (UPSR)

Kebaikan sukan

Kerajaan sentiasamenggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Aktiviti sukan mempunyai faedah untuk meningkatkan kecergasan jasmani seseorang. Apakah kebaikan menyertai aktiviti sukan?

Isi Karangan Kebaikan Sukan

Pendahuluan: Bersukan merupakan suatu aktiviti yang sihat dan berfaedah

  • Menyihatkan badan kita – Penyakit-penyakit seperti lemah jantung dapat dihindarkan
  • Mecerdaskan minda kita – Mengurangkan tekanan
  • Mengisi masa lapang kita – Mengelakkan kita daripada membuat kegiatan yang tidak baik seperti melepak
  • Mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, kawan dan sebagainya – Bersama-sama melakukan aktiviti yang baik

Kesimpulannya, bersukan amat berfaedah kepada kita. Kita harus menyertai aktiviti bersukan.


Contoh Karangan UPSR – Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Setiap rakyat perlulah mencari cara untuk bersukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Peredaran darah badan kita akan menjadi lancar. Ini merupakan langkah yang dapat mengawal obesiti dan penyakit kronik seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah. Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Boleh dikatakan tiada apa-apa kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.