Skip to content

Karangan Kebaikan menguasai teknologi maklumat

Kebaikan menguasai teknologi maklumat

Menguasai teknologi maklumat yang diperoleh daripada internet memberi banyak manfaat. Huraikan kebaikan menguasai teknologi maklumat.

Kebaikan menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja

“ Alam cyber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri ,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga”

Globalisasi atau langit terbuka bermaksud suatu istilah umum yang merangkumi pelbagai perkara termasuk teknologi maklumat yang kini mampu disebarkan ke seluruh dunia dengan mudah dan pantas. Pengaruh daripada Amerika Syarikat itu diperluas dengan kemajuan teknologi maklumat . Kini , globalisasi dirasai oleh masyarakat seluruh pelosok dunia. Fenomena dunia tanpa sempadan ini didakwa amat penting. Menguasai teknologi maklumat yang diperoleh daripada internet memberi banyak manfaat kepada golongan remaja.

mewujudkan hubungan dan persefahaman antarabangsa

Sesungguhnya menguasai teknologi maklumat dapat mewujudkan hubungan dan persefahaman antarabangsa . Kecanggihan sistem telekomunikasi mampu menghubungkan siapa sahaja di ceruk dunia untuk menjalin hubungan yang baik antara golongan remaja. Kemasukkan warga asing ke negara kita dapat dipantau oleh golongan remaja apabila mereka menguasai teknologi maklumat yang kini melanda seluruh dunia. Buktinya , banyak syarikat teknologi maklumat gergasi seperti Microsoft dan IBM diketuai oleh golongan remaja yang disokong dan dibantu oleh negara luar. Tegaslah bahawa golongan remaja dapat mewujudkan keharmonian dengan syarikat-syarikat luar negara , jika tidak sudah pasti negara kita tidak akan maju seperti negara luar.

menambahkan ilmu pengetahuan

Seterusnya , dengan menguasai fenomena langit terbuka ini juga dapat melahirkan golongan muda yang golongan muda yang berpengetahuan elektronik yang paling hebat . Golongan remaja memperoleh pelbagai maklumat yang diperlukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pembelajaran di kelas dengan hanya menggunakan hujung jari . Hal ini demikian kerana , informasi yang didapati daripada laman web dari dalam negara bahkan melepasi sempadan antarabangsa tanpa ada sekatan.

Dengan adanya teknologi maklumat , golongan remaja tidak perlu membebankan diri untuk membazir masa seperti membelek buku dan tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk menimba ilmu . Bak kata pepatah masa itu emas. Tegaslah bahawa dengan menguasai teknologi maklumat, negara dapat melahirkan golongan remaja yang berfikiran matang dan mempunyai ilmu luas setanding dengan tokoh-tokoh negara. Jika golongan remaja tidak memanfaatkan teknologi maklumat dengan sebaik mungkin , sudah pasti mereka susah untuk melakukan pekerjaan dengan mudah.

Membantu peniaga

Selain itu , dapat melahirkan peniaga dari golongan juga antara faedah apabila menguasai teknologi maklumat . Hal ini demikian kerana golongan remaja dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai lapangan untuk meluaskan sayap perniagaan mereka . Sebagai contoh penjualan beraneka produk dari hujung rambut ke hujung kaki , makanan , barangan kesihatan dan sebagainya. Pengurusan jual beli tersebut dapat mengurangkan kos , mudah dan cepat apabila melalui teknologi maklumat ini.

Selain itu , perniagaan melalui kaedah ini dapat menarik lebih banyak pelanggan kerana perkhidmatan teknologi maklumat dapat dilayari oleh semua penduduk dunia . Wajarlah bahawa teknologi maklumat mampu membantu peniaga-peniaga untuk memajukan perniagaan mereka dan mendapat hasil yang lumayan. Jika tiada teknologi maklumat sudah pasti peniagaan mereka akan mundur dan tidak mampu untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Penutup Karangan

Kesimpulannya, jelaslah bahawa dengan menguasai teknologi maklumat ini dapat memberikan pelbagai faedah kepada golongan muda. Peluang pekerjaan juga akan semakin banyak dengan bertambahnya syarikat yang menawarkan pelbagai pekerjaan. Oleh itu , teknologi maklumat perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih bermaklumat dan sekali gus tidak memberikan ancaman kepada dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *