Skip to content

Contoh Karangan Kebaikan Sekolah Berasrama

Kebaikan Sekolah Berasrama

Tinggal di asrama bukan lagi perkara baharu bagi pelajar di negara kita. Sebaliknya, belajar di sekolah berasrama lebih banyak membawa kebaikan kepada pelajar. Huraikan kebaikan sekolah berasrama.

Kebaikan Sekolah Berasrama

Sekolah berasrama banyak terdapat di negara kita. Kebanyakan ibu bapa akan berusaha sedaya upaya untuk menempatkan anak-anak mereka di sekolah berasrama. Biasanya, waktu belajar yang telah diatur oleh pihak sekolahberasrama lebih padat berbanding sekolah harian. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Tidak hairanlah sekiranya ibu bapa inginkan anak mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh agar mereka dapat lebih fokus dalam pelajaran. Mereka berpendapat sekiranya anak-anak mereka belajar di sekolah berasrama, prestasi anak akan meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan sekolah berasrama terhadap pelajar?

Pembentukan disiplin yang tinggi

Pembentukan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar merupakan salah satu kebaikan tinggal di asrama. Pada kebiasaannya, setiap asrama mempunyai peraturan tersendiri yang wajib dipatuhi oleh setiap pelajar. Sekiranya pelajar didapati telah melanggar peraturan asrama pasti mereka akan dikenakan tindakan. Antara peraturan yang ditetapkan di asrama ialah pelajar tidak dibenarkan merokok, berpakaian tidak senonoh atau mencolok mata, keluar dari asrama tanpa kebenaran dan sebagainya. Semuanya ini diadakan untuk melatih pelajar agar berdisiplin kerana merekalah generasi pewaris bangsa yang bakal menerajui negara.

Suasana pembelajaran yang baik dan teratur

Sementara itu, suasana pembelajaran di asrama juga lebih baik dan teratur. Di asrama, mereka dikelilingi oleh rakan seperjuangan yang rajin dan berdisiplin. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi mereka untuk terus belajar dan sentiasa mengulang kaji pelajaran. Sekiranya mereka malas sudah pasti mereka akan berasa malu terhadap rakan-rakan yang rajin dan berdisiplin. Dengan car aini juga akan wujud persaingan yang sihat antara pelajar. Melalui persaingan yang sihat ini, semangat mereka untuk belajar akan bertambah tinggi dan mereka akan berlumba lumab untuk meraih kejayaan yang terbaik.

Belajar berdikari

Selain itu, belajar di sekolah berasrama penuh dapat mendidik pelajar menjadi lebih berdikari. Pelajar yang tinggal di asrama perlu mengurus keperluan harian seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh kasut dan sebagainya yang selama ini diurus oleh ibu bapa. Mereka tidak boleh mengharapkan ibu bapa atau rakan-rakan lain membantu. Setiap pelajar di sekolah berasrama perlu berdiri diatas kaki sendiri agar dapat membiasakan diri. Di samping itu, pelajar juga dapat belajar supaya lebih cekap dalam berbelanja dan tidak boros mengikut nafsu agar wang saku dapat dijimatkan.

Kemudahan riadah

Di samping itu, di asrama terdapat pelbagai kemudahan riadah. Para pelajar boleh bermain dengan rakan sebaya mereka pada waktu lapang ataupun setelah penat mengulnag kaji pelajaran. Secara tidak langsung, car aini akan melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Sebaliknya, jikalau pelajar tinggal di rumah mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran yang menjurus ke arah hiburan semata- mata seperti pengaruh televisyen, rakan sebaya dan sebagainya.

Meningkatkan daya saing

Pelajar yang tinggal di asrama sering bersaing sesama mereka semasa belajar. Semangat belajar timbul apabila lihat rakan-rakan yang lain tekun belajar dan diri akan turut rasa lebih tercabar. Tambahan lagi, jika dalam peperiksaan dirinya ketinggalan berbanding rakan lain. Hal ini akan mewujudkan lagi daya saing yang lebih banyak dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah asrama penuh memberi perhatian lebih kepada pelajarnya. Hal Ini bagi memastikan pelajar tidak mempersia-siakan kemampuan yang sememangnya lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain kerana mereka ialah pelajar terpilih. Di samping, itu terdapat guru yang sanggup mengadakan kelas tambahan tanpa mengenakan sebarang bayaran agar pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif.

Menerapkan nilai agama

Bagi pelajar muslim, sekolah berasrama akan lebih menerapkan nilai agama. Tidak dinafikan bahawa tidak semua pelajar yang penuh solat lima waktu sehari semalam sebelum menjejaki sekolah berasrama penuh. Sekolah berasrama banyak menerapkan nilai agama dalam kalangan pelajar muslim. Di samping itu, asrama lebih menggalakkan pelajar solat berjemaah jika dibandingkan dengan pelajar sekolah harian yang kebanyakannya mengamalkan solat bersendirian.

Penutup Karangan

Kesimpulannya, sama ada pelajar tinggal di asrama atau di rumah sendiri tidaklah mendatangkan masalah yang teruk. Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting terhadap isu ini.

(594 patah perkataan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page