Skip to content

Contoh Karangan SPM: Kepentingan gaya hidup sihat

Kepentingan gaya hidup sihat Contoh Karangan SPM: Kepentingan gaya hidup sihat

Manusia yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh mancapai pelbagai manfaat seperti badan yang kuat dan otak yang cerdas. Huraikan kepentingan gaya hidup sihat terhadap remaja.

Kepentingan gaya hidup sihat terhadap remaja

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan mengekalkan kesihatan tubuh badan serta membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek daripada segi penjagaan makanan, senaman dan kitaran tidur yang betul. Pelbagai manfaat daripada pengamalan gaya hidup sihat dapat kita perolehi seandainya kita mengamalkannya dengan kaedah yang betul. Persoalannya, apakah kepentingan amalan gaya hidup sihat?

Mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak

Antara kepentingan amalan gaya hidup sihat ialah dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak. Hal ini amat signifikan kerana kehidupan yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas. Bersukan dan beriadah dapat menjamin tubuh badan seseorang. Sebagai contohnya, aktiviti berjoging, bemain badminton dan berbasikal dapat mengekalkan kekuatan tubuh badan. Kesannya, seseorang itu dapat hidup dengan aman dan harmoni kerana terhindar daripada pelbagai penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan yang tidak dijaga. Hal int persis peribahasa Melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kerana berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang sempurna melalui amalan gaya hidup sihat. Sudah terang lagi bersuluh, amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah dan sukan dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak

Tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin

Di samping itu kepentigan amalan gaya hidup sihat ialah seseorang dapat memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan vitamin yang mencukupi. Hal ini demikian kerana, badan seseorang memerluan khasiat yang cukup untuk menjalankan kehidupan sehariannya tanpa menghadapi masalah kesihatan. Misalnya seseorang mengambil makanan seimbang dalam kehidupan seharian seperti daging, buah buahan dan sayur-sayuran. Natijahnya, badan kita akan sentiasa kekal sihat seiring dengan kecerdasan minda dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, otak yang cerdas dapat membantu pekembangan diri dan sosial manusia. Selain itu, makanan yang diambil berdasarkan piramid makanan akan membantu tubuh untuk melawan penyakit kerana tubuh kita mendapat nutrisi yang secukupnya. Jelaslah bahawa pemakanan yang seimbang mampu memastikan tubuh badan memperoleh nutrien yang mencukup bagi setiap individu.

Kehidupan yang lebih bermakna

Selain itu, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Hal ini kerana, gaya hidup sihat menjanjikan kita dengan kesihatan yang lebih baik berbanding gaya hidup tidak sihat. Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengawal makanan dan bersenam dapat mengurangkan risiko penyakit misalnya jantung tersumbat. Kesannya, pengamal tidak perlu menjalani kehidupan menyulitkan seperti terpaksa mengikut jadual ubat-ubatan dan pergi ke hospital. Kita boleh menjalankan aktiviti yang bermakna seperti melancong ke negara luar untuk menambahkan pengalaman hidup kita. Tegasnya, kehidupan yang sihat mestilah bermakna jika berbanding dengan manusia yang tidak sihat.

Keluarga yang bahagia

Akhir sekali, pengamalan gaya hidup sihat akan dapat melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini kerana keluarga ini dibina berdasarkan sebuah elemen yang cukup mantap iaitu gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, senaman dan tidak terlibat dengan gejala sosial. Hubungan antara keluarga juga dapat dieratkan. Misalnya, ahli keluarga makan makanan sihat bersama-sama dann beriadah bersama sama. keluarga bahagia inilah yang akan dapat melahirkan anak-anak yang produktif untuk negara.

Penutup Karangan Kepentingan gaya hidup sihat

Kesimpulannya, semua pihak harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan hati dan minda yang terbuka. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Pengamalan gaya hidup sihat akan dapat menghasilkan sebuah negara yang maju kerana rakyatnya hidup dengan ceria berdasarkan amalan gaya hidup sihat. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.


Contoh Karangan berkaitan:
Cara-Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat

1 thought on “Contoh Karangan SPM: Kepentingan gaya hidup sihat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *