Skip to content

Contoh Karangan: Kepentingan menyertai kesukarelawanan

Kepentingan menyertai kesukarelawanan

Pertubuhan sukarelawan merupakan pertubuhan diasaskan oleh bukan badan kerajaan atau NGO. Huraikan kepentingan remaja menyertai aktiviti kesukarelawanan.

Kepentingan Remaja Menyertai Kegiatan Kesukarelawanan

Terdapat pelbagai pertubuhan sukarelawan yang diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya di Malaysia. Pertubuhan sukarelawan selalunya membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Kegiatan kesukarelawanan amat penting untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Namun begitu, aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan remaja semakin merosot. Hal ini disebabkan remaja lebih suka menghabiskan masa mereka dalam melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak di pusat membeli belah. Sebenarnya, melibatkan diri dalam melakukan aktiviti kesukarelawanan dapat memberi manfaat kepada remaja. Persoalannya, apakah kepentingan remaja menyertai kegiatan kesukarelawanan?

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

Kepentingan menyertai kegiatan sukarelawan ialah remaja dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Remaja semestinya tahu bahawa ilmu luas seperti lautan dan tidak diperoleh hanya di sekolah. Ilmu juga dapat diperolehi melalui pengalaman dan penglibatan dalam kegiatan kemanusiaan. Contohnya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sering terlibat dalam membantu mangsa dalam bencana alam seperti banjir. Ahli JPAM amat diperlukan untuk membawa mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat. Mereka harus mengorbankan nyawa mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Mereka juga akan menyediakn bantuan dari segi makanan, selimut dan lain-lain kepada mangsa. Pengetahuan yang mereka dapat boleh mereka manfaatkan jika kejadian bencana alam berulang lagi. Jadi, pengalaman ynag diperoleh tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.

Membentuk nilai toleransi

Sebab perdana remaja harus mengambil bahagian dalam melakukan aktiviti kesukarelawanan adalah kerana aktiviti ini dapat membentuk nilai toleransi dalam diri mereka. Semasa aktiviti kesukarelawanan dijalankan, remaja perlu berinteraksi dengan orang lain serta menjalin hubungan bekerjasama dengan mereka dalam menghabiskan sesuatu tugasan yang diberi. Dalam konteks ini, jika semua orang tiada semangat, tugas yang diberikan mungkin tidak dapat diselesaikan. Sekiranya remaja tidak boleh bertolak ansur dengan orang lain, perselisihan atau pertelingkahan faham juga akan berlaku antara mereka. Sikap bertoleransi amat penting bagi seseorang remaja apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam alam pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti. Hal ini demikian kerana apabila telah bekerja, mereka perlu berdepan dengan rakan- rakan sekerja mereka yang mempunyai keperibadian yang berbagai jenis ragam. Sesungguhnya, remaja dapat mempelajari serta mengaplikasikan sikap bertoleransi dalam diri mereka setelah melibatkan diri dalam menjalankan aktiviti sukarela.

Belajar berkommunikasi dengan lebih baik

Salah satu kebaikan remaja dalam memupuk semangat kesukarelawanan adalah mereka dapat belajar berkommunikasi dengan lebih baik. Tahukah bahawa di negara kita, walaupun banyak graduan dari institusi pengajian tinggi yang bekelulusan cemerlang dari segi akademik, namun dari segi pertuturan, mereka mempunyai kemahiran berkommunikasi yang tidak begitu memuaskan ? Salah satu punca keadaan ini berlaku adalah kerana mereka tidak didedahkan kepada kepentingan kemahiran bertutur. Persepsi terhadap pelajaran yang hanya bertumpu dari segi linguistik perlu diubah kerana jika kita tidak boleh bercakap dengn fasih, tiada gunanya kita memperolehi gred pelajaran yang terbaik. Melalui penglibatan diri dalam aktiviti kesukarelaan, remaja dapat belajar berkommunikasi dengan lebih kerap dan keadaan ini dapat membina keyakinan diri dalam bertutur di khalayak ramai. Oleh itu, mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawan dapat membantu meningkatkan kemahiran pertuturan mereka.

Menyemai perasaan kasih sayang

Kita tidak boleh nafikan bahawa pemupukan semangat kesukarelawanan boleh menyemai perasaan kasih sayang terhadap manusia dan haiwan serta alam sekitar. Apabila remaja melibatkan diri dalam aktiviti sukarela seperti membantu mangsa banjir ataupun menghulurkan bantuan di pusat haiwan, mereka dapat mempelajari menyayangi serta menghargai semua makhluk hidup di sekeliling mereka. Jika kita sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya, kita akan membentuk sebuah perasaan cinta yang mendalam terhadap diri kita dan juga orang lain. Hal ini boleh membentuk kita untuk menjadi seorang yang bukan sahaja berperikemanusiaan, malah dapat melahirkan keperibadian yang mulia kerana menurut Hamka, seorang ulama mengatakan bahawa kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Mengasah bakat kepimpinan

Selain itu, remaja dapat mengasah bakat kepimpinan dengan menyertai aktivi kesukarelawan. Aktiviti ini juga penting untuk membentuk jati diri dan persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan generasi muda gagal berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Mereka gagal untuk meyakinkan orang lain dan orang lain juga susah untuk memberi sesuatu amanah atau tanggungjawab kepadanya. Apabila golongan remaja ini menyertai aktiviti kesukarelawan mereka sebenarnya terdedah kepada suasana luar yang terarah kepada kehidupan sebenar atau realiti kehidupan. Secara tidak langsung golongan remaja ini dapat melatih diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain dan dapat membina keyakinan diri. Jika mereka berkeyakinan, mereka boleh memimpin sesuatu organisasi atau kumpulan yang ditubuhkan serta dapat membuta keputusan dengan tepat. Jadi, remaja yang berkeyakinan ialah remaja yang boleh memimpin.

Penutup Karangan kesukarelawanan

Kesimpulannya, aktiviti kesukarelawan dapat membawa banyak kebaikkan kepada seorang remaja. Kegiatan kesukarelawan amat penting di dalam Malaysia bahkan di seluruh dunia. Aktiviti kesukarelawanan bukan sahaja dapat melahirkan generasi belia yang prihatin dan penyayang, tetapi juga berupaya bertindak sebagai penebat atau pendinding kepada golongan remaja daripada terjebak dalam gejala negatif yang mampu menjejaskan keharmonian negara. Jadi golongan remaja harus menggenggam bara api biar sampai jadi arang untuk meneruskan kegiatan kesukarelawan. Pelbagai usaha harus diambilkan untuk mendorong remaja mengambil bahagian dalam aktiviti kesukarelawanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *