Kandungan
Huraikan sebab-sebab bahasa Melayu berada dalam keadaan dilema dan semakin terpinggir serta cara-cara untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
Punca Kepudaran Bahasa Melayu dan Langkah Mengatasi
Dalam era globalisasi ini, Bahasa “Rojak” sentiasa digunakan dalam kalangan orang Melayu. Bahasa “rojak” dalam kalangan orang Melayu telah memperlihatkan Bahasa Melayu dipengarui oleh bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan Bahasa Cina. Fenomena ini semakin membimbangkan kerana penggunaan bahasa asing semakin menular dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuk media sosial dan hiburan. Isu ini telah menyebabkan kepudaran Bahasa Melayu di negara kita.
Memandang rendah terhadap Bahasa Melayu
Antara faktor kepudaran Bahasa Melayu ialah masyarakat Melayu memandang rendah terhadap bahasa Melayu walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda. Mereka menganggap Bahasa Melayu kurang penting jika berbanding dengan bahasa yang lain. Mereka bersikap mengagumkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris dan Bahasa Korea. Pertuturan dalam Bahasa Inggeris dilihat sebagai lambang ketinggian taraf terutamanya di kawasan bandaraya. Oleh itu, Bahasa Melayu semakin dipinggirkan dan ramai yang tidak dapat menguasai bahasa ini.
Dasar Pendidikan Kerajaan
Selain itu, dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris turut menyebabkan Bahasa Melayu semakin terpinggir. Proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam Bahasa Melayu pada sebelumnya telah digantikan dengan Bahasa Inggeris pada masa ini. Penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik dianggap tidak setaraf dengan bahasa antarabangsa. Dasar ini telah memburukkan pandangan masyarakat Melayu terhadap kepentingan Bahasa Melayu dan juga menyebabkan penggunaan bahasa Melayu telah berkurang di sekolah.
Contoh Karangan: Keburukan Penggunaan Bahasa Rojak
Bahasa Melayu sebagai subjek wajib
Terdapat beberapa langkah untuk mendaulatkan Bahasa Melayu, antaranya ialah menetapkan subjek Bahasa Melayu sebagai subjek wajib untuk melulus dalam peperiksaan awam. Subjek bahasa Melayu wajib diambil oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan UASA, SPM dan STPM. Semua pelajar wajib belajar bahasa Melayu di sekolah dan harus lulus dalam peperiksaan. Dengan cara ini, semua pelajar akan berusaha untuk menguasai bahasa ini. Peribahasa “tak kenal maka tak cinta” sangat bertepatan kerana hanya melalui pembelajaran yang konsisten barulah bahasa ini dapat difahami dan dihargai.
Penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains
Selain itu, dasar kerajaan dalam pendidikan juga penting dalam mendaulatkan bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik boleh meningkatkan masa penggunaan bahasa ini dalam sekolah. Hal ini bukan sahaja menggalakkan kecekapan pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu sains dan matematik tetapi juga meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang penting. Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membuktikan bahawa sains tinggi dapat diajar dengan cemerlang dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, langkah ini wajar diperluaskan ke semua institusi pendidikan sebagai usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan.
Penutup Karangan
Kesimpulannya, Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Melayu. Pelajar haruslah bersungguh-sungguh untuk mempelajari Bahasa Melayu. Pihak kerajaan dan pihak sekolah perlulah mengambil pelbagai langkah untuk mendaulatkan bahasa Melayu supaya tidak dipinggir oleh masyarakat. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, malah mencerminkan jati diri dan warisan bangsa. Maka, sudah tiba masanya kita semua bersatu hati memperjuangkan kelangsungan Bahasa Melayu dalam arus modenisasi.
Contoh Karangan: Punca Kelemahan Bahasa Melayu
Contoh Karangan: Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu