Skip to content

Contoh Karangan Kesan Kenaikan Harga Minyak

Kenaikan Harga Minyak

Dewasa ini, isu kenaikan harga minyak begitu hangat diperkatakan dalam media massa. Kenaikan harga minyak memberi impak yang besar kepada masyarakat di negara kita. Huraikan kesan kenaikan harga minyak terhadap negara kita.

Kesan Kenaikan Harga Minyak

Kenaikan harga minyak dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak harga petroleum di pasaran dunia. Antara sebab yang membawa peningkatan ini ialah pertumbuhan ekonomi global, peperangan di negara pengeluar minyak dan juga kejadian bencana alam yang melanda di negara pengeluaran petroleum. Fenomena kenaikan harga minyak bukan sahaja berlaku di negara kita, malahan turut berlaku di negara-negara lain. Pelbagai tunjuk perasaan telah berlaku sebagai tanda protes dengan kenaikan harga minyak ini. Jelasnya, kenaikan harga minyak ini memang membawa banyak impaknya.

Kos kehidupan meningkat

Impak yang ketara ialah kos kehidupan masyarakat akan meningkat juga. Harga barangan telah melambung tinggi atas alasan kenaikan harga minyak. Kebanyakan harga komoditi terutama makanan dan produk kilang akan meningkat selari dengan pertambahan harga barang lalu bajet bulanan masyarakat turut terjejas. Jelaslah, kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi sebaik sahaja harga minyak melambung dan masyarakat miskin menjadi tertekan.

Peningkatan dalam kospengangkutan

Kesan kenaikan harga minyak yang lain ialah peningkatan dalam kos perkhidmatanpengangkutan. Tambang pengangkutan terutama pengangkutan awam akanmeningkat sekali ganda. Syarikat pengangkutan terpaksa meninggikan tambang kerana mereka menggunakan minyak dengan banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka. Maka, kos pengangkutan yang tinggi ini menyebabkan ada segelintir masyarakat yang tidak mampu untuk menggunakannya.

Harga barang akan turut menjadi mahal

Selain itu, terdapat juga sesetengah golongan yang turut bertindak “menangguk di air yang keruh”. Mereka menaikkan harga barangan seperti pakaian, alat tulis, buku dan pelbagai lagi. Golongan ini telah memberi alasan yang kos pengangkutan dan penghantaran telah meningkat dengan mendadak. Pengguna terpaksa membeli barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah dengan kadar harga yang jauh lebih tinggi kerana kos hidup bertambah. Malah, fenomena ini menjadi amat berleluasa akibat kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa. Akhirnya, rakyat menjadi mangsa dan golongan peniaga pula memperolehi laba yang berlipat ganda.

Keadaan politik negara tidak stabil

Tambahan pula, kenaikan harga minyak boleh menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Banyak pihak akan melakukan tunjuk perasaan sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenailkan ini. Jadi, tunjuk perasaan yang kerap itu boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak aman pula di dalam negara kita.

Kesimpulan Karangan

Kesimpulannya, boleh kita disimpulkan bahawa kenaikan harga minyak telah memberikan kesannegatif kepada masyarakat. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berganding bahu untuk membanteras kejadian ini. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh mengurangkan impak kenaikan ini. Hal ini penting supaya mereka dapat mengimbangi senario yang melanda negara buat waktu ini. Marilah kita semua bekerjasama dengan bersama-sama memastikan segala usaha oleh pihak kerjaaan dapat dilaksanakan bagi mengatasi kelembapan ekonomi negara.

Contoh karangan: Punca Kenaikan Harga Minyak
Contoh karangan: Langkah mengatasi kenaikan harga barang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *