Skip to content

Koleksi -Koleksi Karangan STPM

tips peperiksaan

Perbincangan – Karangan STPM

1. Berjimat-cermat merupakan amalan murni yang harus dibudayakan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Bincangkan kepentingan amalan itundan cadangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyemai amalan berjimat-cermat dalam kalangan pelajar.

2. Golongan belia semakin kurang berminat dalam pasukan keselamatan. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan hal ini berlaku dan berikan cadangan untuk menarik minat mereka menyertai pasukan keselamatan di negara ini.

3. Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Mereka tidak patut disisihkan apabila tidak lagi produktif. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.

4. Ancaman terhadap keselamatan wanita kian berleluasa sejak kebelakangan ini. Berikan ulasan anda dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas dan jelaskan usaha yang boleh dilakukan untuk membela nasib mereka.

5. Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa yang kaya dengan amalan budaya tradisional. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengetengahkan amalan budaya itu agar dapat berkembang dan tidak dilupai.

Laporan – Karangan STPM

1. Kes buli dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Sebagai Setiausaha Jawatan Bertindak Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, anda diminta menyediakan satu laporan tentang faktor-faktor yang menjadi penyebab gejala ini semakin berleluasa dan mengemukakan langkah-langkah pengawalan kes buli tersebut.

2. Anda merupakan setiausaha satu jawatankuasa yang mengkaji penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar luar bandar. Sediakan satu laporan tentang kesan-kesan penggunaannya dalam mata pelajaran tersebut.

3. Rungutan dalam kalangan nelayan sering kedengaran. Mereka juga masih dibelenggu kemiskinan. Sebagai seorang setiausaha pertubuhan nelayan, anda dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap tentang permasalahan dalam kalangan nelayan di kawasan anda.

4. Sebagai setiausaha jawatankuasa bertindak mengkaji pengaruh rancangan televisyen dan filem-filem dalam kalangan masyarakat, anda diminta menyediakan satu laporan tentang kesan-kesan negatif rancangan tersebut dan filem dalam kalangan masyarakat serta memberi cadangan untuk menangani masalah tersebut.

5. Penyelidikan dan pembangunan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sebagai setiausaha di Jabatan Sains, Teknologi dan Inovasi anda diminta menyediakan satu laporan tentang manfaat penyelidikan dan pembangunan di Malaysia.

Ucapan – Karangan STPM

1. Andaikan anda menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat. Anda diminta berucap dalam satu majlis sambutan ‘Hari Wanita Peringkat Kebangsaan’. Dalam ucapan anda itu, anda ingin memfokuskan cara-cara wanita dapat menyumbang untuk pembangunan dan kemajuan negara. Sediakan teks ucapan anda.

2. Sebagai seorang sukarelawan yang berkhidmat dengan FOMCA (Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia), anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan pengguna dan hak-hak kepenggunaan dalam satu seminar kepenggunaan anjuran persatuan pengguna di sebuah institusi pengajian tinggi. Dalam ceramah anda itu, anda ingin memfokuskan jenis-jenis penipuan terhadap pengguna dan peranan pengguna untuk menangani penipuan tersebut. Sediakan teks ceramah anda.

3. Anda menyertai pertandingan pidato anjuran Badan Pencegah Rasuah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda. Tajuk pidato anda ialah ‘Hidup Bermaruah Tanpa Rasuah’. Sediakan teks pidato anda.

4. Sebagai slah seorang jurulatih yang terlibat dalam Program Khidmat Negara, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah di ibu negara. Tajuk ceramah anda ialah ‘Kebaikan Program Khidmat Negara’. Sediakan teks ceramah anda.

5. Anda menyertai satu pertandingan syarahan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Keranamu Malaysia dalam konteks peranan dan sumbangan rakyat’. Sediakan teks syarahan anda.

Memorandum – Karangan STPM

1. Sungguhpun kerajaan telah membelanjakan wang berjuta-juta ringgit bagi menyediakan kemudahan untuk orang ramai, namun masih terdapat anggota masyarakat yang tidak menghargai kemudahan tersebut. Banyak kemudahan awam yang rosak akibat gejala laku musnah.

Sebagai pengerusi sebuah persatuan penduduk, anda bercadang mengahantar satu memorandum berkaitan hal di atas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan terhadap masalah yang dihadapi dan menyarankan langkah-langkah untuk menangani gejala tersebut. Sediakan memorandum itu.

2. Walaupun pelbagai kempen telah dijalankan bagi memupuk sikap kasih sayang akan sungai di negara kita, namun masih terdapat segelintir anggota masyarakat, terutamanya yang tinggal berhampiran sungai tidak mengendahkan usaha tersebut. Pencemaran sungai terus berlaku di negara kita.

Sebagai pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan dengan hal itu kepada pihak kerajaan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan terhadap pencemaran tersebut dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Sediakan memorandum itu.

3. Meskipun Perdana Menteri sendiri telah menyeru pengguna jalan raya agar berusaha mengelakkan kemalangan, namun realitinya kadar kemalangan maut kian meningkat.

Sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri, anda bercadang menghantar satu memorandum tentang isu tersebut kepada pihak berkuasa. Dalam memorandum itu, anda menyatakan punca-punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini dan memberikan cadangan untuk mengurangkannya. Tulislah memorandum tersebut.

4. Sungguhpun kerajaan telah memberikan amaran kepada golongan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan.berikutan kenaikan harga minyak kenderaan, namun hal ini tidak diendahkan oleh mereka.

Sebagai pengerusi sebuah badan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan hal itu kepada Perdana Menteri. Dalam memorandum tersebut, anda menjelaskan kesusahan yang dialami pengguna di negara ini dan mencadangkan usaha-usaha untuk menanganinya. Sediakan memorandum itu.

5. Langkah kerajaan menghapuskan merit yang diberikan terhadap pencapaian dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum untuk pemilihan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam wajar dipersoalkan.

Selaku pengerusi sebuah gabungan persatuan ibu bapa dan guru peringkat nasional, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan dengan hal ini kepada menteri berkenaan. Dalam memorandum tesebut, anda menyatakan kepentingan kegiatan kokurikulum di sekolah. Anda turut mengemukakan beberapa cadangan untuk menjadikan kegiatan tersebut lebih memberi manfaat kepada pelajar. Tulislah memorandum itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *